Saturday, January 14, 2012

Risik.


Tengahari tadi saya menerima panggilan daripada mak.


Mak bagitau ada orang datang merisik.


Saya dengar sambil senyum.


Bukan senyum kumit-kumit, tapi senyum sumbing.



Dalam hati berbisik, 'Menolak lagi kali ini?'



Ini bukan kali pertama.




Sebelum ni saya tak pernah bercerita kisah cinta saya dalam ni kan? Cerita yang betul-betul. Baru-baru ni je saya bercerita tentang abam bang islang. Memang tulah sebenarnya yang berlaku dan sepanjang hidup saya, dia yang berjaya buat saya tertarik sampai tahap kelu untuk berkata dan berjaya buat saya menangis. Saya balik menangis hari tu sebab saya tak puas hati kat diri sendiri. Kenapa dengan dia saya jadi macam tu?


Itu bukan pertama kali saya deal dengan lelaki. Saya patutnya dah lali dan biasa. Saya ada ramai kawan laki dari kecil dan even bila berkerja saya banyak berurusan dengan lelaki. Kerja dalam bidang construction menjadi rutin mesyuarat penuh meja dengan lelaki-lelaki. Tak kisah tampan ke tak tampan ke tahap muka macam abang Fahrin Ahmad saya ke, saya rilek je bila melibatkan kerja.


Tapi bila berdepan dengan abam bang islang, saya jadi kaku. Kadang-kadang saya ada terfikir yang mamat ni memang pakai ilmu..ngaa (tak puas hati tahap siap sangka buruk..huhu)


Masa saya balik menangis hari tu, saya ada terfikir. Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya.


Dan hikmahnya baru saya sedar bagaimana perasaan orang yang suka kat saya tapi saya tolak mentah-mentah. Perasaan yang datang dengan sendiri dan buat kita adore dengan seseorang, tapi tak boleh meluahkan. Apatah lagi dah luah tapi ditolak.




Erm, kamu-kamu nak tahu satu cerita tak?





Dulu-dulu kan masa kecik, cita-cita saya nak kapel. Serius. Dari sekolah rendah. Saya teringin sangat nak kapel dan merasa ada boifren. Kawan-kawan yang lain ada siap tukar-tukar surat. Saya jadi posmen. Saya ada gosip je, tapi tak jadi pun.


Jadi saya berazam, UPSR nanti saya nak dapat result semua A. Supaya dapat masuk sekolah asrama penuh. Nanti masuk sekolah cerdik dapat kapel dengan orang cerdik.


Dan memang saya dapat semua A. UPSR saya dapat 4A. Tapi rezeki tak menyebelahi saya dan saya hanya masuk sekolah biasa. Saya pegang lagi azam tu. Saya nak kapel. Tingkatan 1 sampai tingkatan 3, ada yang mengacau tapi semua jenis yang tak masuk buku, saya buat tak tahu je. PMR saya pulun lagi.


Dan kelapan-lapan subjek saya dapat A. Akhirnya saya dapat tawaran sekolah asrama penuh.


Hebak tak?



Saya punye eksaited dapat masuk sekolah asrama penuh, tahap lompat-lompat. Nanti nak kapel. Nak kapel. Nak kapel. Nak kapel dengan orang cerdik dan hebak. Nanti baka saya hebak-hebak.


Tapi memang malang tak mengeluarkan sebarang bau. Hari pertama daftar, saya tak jumpa dengan seorang pelajar pun yang rambut cacak-cacak dan tanpa tudung kecuali pak gad dan abang dewan makan.



Sekolah tu memang sekolah semua perempuan. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh tak tahu fakta tersebut. Sekolah tu memang SBP baru dan saya adalah 3rd batch kat situ. Maka, bermukim la saya selama dua tahun kat situ dengan penuh kebosanan.


Sebab tu result SPM saya tak semua A. Sebab takde pemangkin..harhar


Nanti kalau anak-anak saya dapat masuk sekolah semua perempuan, saya tak nak kasi. Memang bosan yang amat. Saya memang tahap rilek je tidur dalam kelas walaupun Ketua Kelas. Semua subjek saya tidur.


Pastu benda paling kelakar dan adalah fakta..bila ada je cikgu lelaki baru masuk berdaftar, memang heboh satu sekolah dan jadi bualan sepanjang semester. Bukan cikgu, abang dewan makan tukar pun jadi isu hot jugak..harhar


Satu lagi fakta..bila kat sekolah semua perempuan, bila kita menyerlah, memang takde saingan. Sekali diberi kepercayaan, anda akan memang semua jawatan dalam sekolah. Presiden PBSM? Presiden Ketua Kamar? Presiden Majlis Ketua-Ketua Kelas? Presiden Kelab Pencinta Alam? Presiden Kelab Bola Jaring? Presiden Kelab Ping Pong? Presiden apa lagi? Semua jawatan tu saya pegang.


Dan kat sekolah tu saya tak dikenali dengan nama sebenar, saya lagi gelama dengan nama Joe. Sebut Sutera seorang pun tak kenal, tapi kalau sebut Joe satu sekolah kenal. Lagi kenal bila sebut Joe is Pailang.


Dan saya dan yang satu geng memang ada nama kumpulan. Blacksharetym. Nama geng memang tahap kongsi gelap..haha..kelako. Kami ada 6 orang. Ajue, Mizah, Yuyu, Shida dan Farah. Tapi geng kami bukan stok panjat pagar keluar malam ke semua tapi kami geng stok yang sehat. Macam Ajue, dia yang cipta lagu sekolah. Jadi dendangan dari dulu sampai sekarang. Kami stok geng yang cikgu boleh harap dan boleh percayai..ewah.



Bila saya dah masuk sekolah semua perempuan baru saya sedar niat saya dari kecik-kecik dulu sebenarnya tak direstui. Saya mula berdoa 'Saya takkan bercinta sebelum tiba masa dan berjumpa dengan lelaki yang sesuai dengan saya. Saya berazam lelaki pertama yang saya cintai adalah suami saya yang sah' dan dalam hati kecik saya waktu tu, saya senyum simpul-simpul sambil membuat andaian 'Mesti suami saya bangga kan nanti bila tahu dia lelaki pertama yang saya cintai dalam hidup..hik hik hik'




Saya pun tak pasti kat mana belajar dan sapa yang ajar menda-menda macam ni. Tapi itulah yang saya lalui dan saya dah azam dari dulu..kadang-kadang bila fikir balik kelakar pun ada. Macam mana tak baligh lagi dah fikir sampai nak kapel semua bagai. Kelako betul.



Kamu-kamu dulu masa kecil ada fikir menda-menda macam ni jugak tak?





Dan bila habis sekolah tu, masuk matriks dan universiti semua bagai saya pandang laki macam biasa. Tak nak dah kapel. Saya nak cari lelaki yang boleh dibuat suami, bukan untuk kapel main-main. Saya memang pegang dan maksudkan apa yang saya kata.


Lepas tu kalau ada je orang nak ngorat, saya buat tak pusing. Kalau berani masuk meminang lar!


Kalau setakat mintak no telefon tu, hai-hai bye bye je.


Kalau setakat jeling-jeling dan cari pasal untuk curi perhatian tu, memang tak layan. Takde effect.


Kalau tengok ada orang ngorat, saya akan tilik dulu. Mamat ni pesen serius ke pesen nak main-main ni. Ni kalau agak kapel ni taun bila baru kawen ni. Belaja tak abes lagi, nanti nak kerja lagi, menyimpan untuk kawen lagi.



Benda-benda macam tu saya fikir.




Tapi



Tapi, bila tak abes belajar lagi dah ada orang masuk merisik..



Saya turut menolak


Menolak


Menolak lagi



Lagi

Lagi


dan lagi






Ape yang saya nak sebenarnya?







1 comment:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

belum jodoh lagi mungkin,tak mengapa pasti ada yang terbaik buat kamu nanti.