Saturday, December 31, 2011

Cakkkk..


Assalamualaikum...



Amacam rupa baru?


Cun macam tuan tak?



Memang cun suci murni macam tuan





Sebenarnya saya tak sambut tahun baru masihi, saya sambut tahun baru hijrah je. Tapi sebab ada masa lapang sebab semua kerajaan kat dunia ni memang bagi cuti sempena tahun baru masihi, masa terluang saya tukar langsir teratak. Semoga semua yang ceria-ceria dan suci murni sahaja. Dan mungkin juga selepas ni saya akan terus menulis dan bercerita. Sampai bila-bila dan tentang apa sahaja.





Erm, kamu nak kawen dengan saya?



Tak nak?



Okey, fine.






Sempena tahun baru je saya buat tawaran ni. Tak nak sudah.



Friday, December 30, 2011

Azam.


Lusa da masuk tahun baru..


Ape cer?


Nak kena bagitau azam baru ke ape ni?



Ke cerita azam tahun lepas apa yang masih tak capai?





Hmm..Azam tahun baru kamu apa?



Nak kawen dengan Azam?





Ek elleh


Ingat kelakar la tu.









Wednesday, December 28, 2011

Batuk.


Hujung minggu yang sudah batuk sangat teruk.

Hari sabtu saya hanya melepek kat rumah, berehat dan makan ubat. Tengok tibi dari pagi sampai la ke malam, dari kartun sampai layan cerekarama sambil baring, kadang-kadang bukak mata kadang kadang bukak mulut sebab gelak.

Hari ahad pergi kenduri kawen kat Senawang, pastu singgah Seremban layan movie kat Terminal One.


Hari isnin pergi survey perabot dengan K'Sandra.


Malam tidur saya sangat hebat terganggu dengan batuk yang berterusan. Lagi malam lagi hebat. Mungkin sebab cuaca sejuk jadi batuk makin hebak. Tapi saya memang tidur tak pakai kipas dan berbulan jugak saya memang tidur pakai lengan panjang. Selimut? Saya tak suka tidur pakai selimut. Cuma sejak tak sehat ni saya tidur pakai stoking. Ada gaya macam orang pantang la gamaknya.


Malam isnin saya masuk tidur lambat, dekat pukul 12. Letak kepala, batuk saya tak kebah. Pejam kejap pastu batuk lagi dan lagi dan lagi. Kepala saya dah sakit, perut saya dah terik sebab batuk berterusan. Esok kerja, jam dah pukul 3 pagi.


Akhirnya saya bangun dan menyandar di tepi katil sambil nangis-nangis. Ada gaya budak kecik tak boleh tidur pastu nangis-nangis sebab demam. Macam tu la.


Dah habis nangis-nangis, pastu saya sambung tidur.



Sedar-sedar jam 6.30 pagi.


Bangun-bangun saya senyum.


Ooo, rupanya ubat batuk yang paling mujarab adalah menangis.



Ngaaa.






Saya rasa tahun ni saya telah capai matlamat, menangis dengan mudah.


Yey! Ingat senang ke?




Monday, December 26, 2011

Baki.



Giat menyelesaikan segala saki baki 2011 dan kebelakang sebelum memasuki umur matang dua tiga hari lagi.






New chapter..with new hope and all goodness ahead.



Wednesday, December 21, 2011

Doktor.


Hari ni saya tak masuk ofis.



Tadi saya pegi HKL


Atau nama penuhnya Hospital Kuala Lumpur



Sampai-sampai ambil no giliran semua bagai


Dan saya diminta oleh staff nurse kat situ untuk amek darah.



Pegi kat bahagian amek darah, doktor kat makmal tu tanya,


'Demam ke?'


Saya angguk


Pastu dia cakap 'Kuat main hujan ni'


Terus saya nak tergelak. Lalu keluar soalan yang tak berapa nak cerdik,



'Ye ke? Apa kaitan main hujan dengan demam? Hujan, air sejuk. Tapi demam tu panas'


'Hahaha' doktor tu gelak bila dengar saya cakap macam tu



Lalu dia terang 'Bukan macam tu, hujan pertama tu bahaya sebab turun sekali dengan asid'


'Oooo' saya ber oooo panjangg..


Bukan tak tahu, tapi saje nak terai doktor amek darah tu. Sebelum ni pernah dengar jugak, tapi orang kebanyakan cakap. Ni orang hospital cakap. Nanti-nanti bila saya dah kawen, dapat anak tanya soalan banyak-banyak nanti saya dah ada hujah yang kuat 'Abang long jangan main hujan tau. Nanti demam. Hujan pertama yang turun tu turun sekali dengan asid. Nanti dia buat kita jadi demam. Ni doktor yang amek darah masa mama demam 10 tahun dulu cakap'



Mesti lepas tu anak saya terus dah tanya soalan banyak kan?



Dapat result darah, pegi kat doktor yang check up. Dia tengok result dan tanya 'Demam sejak bila ni?'


'Semalam. Tapi saya kerap demam doktor. Selalu demam' balas saya



'Ni result darah awak okey ni, membazir je buat blood test' jawab doktor tu sinis.





Saya senyum sumbing. Dah tak larat nak bercakap atau cari gaduh


Tapi dalam hati saya waktu tu 'Abes, doktor ingat saya nak amek darah sangat ke? Sakit tau kena cucuk!'




Tekanang jap.








Tuesday, December 20, 2011

Lesu.


Menyandar lesu di kerusi ofis.


Badan lemah


Datang lagi.




Kenapa saya selalu demam?


Saya dah makan semua ubat, saya dah habiskan semua antibiotik..tapi kenapa demam lagi?



Ikutkan hati nak masuk bilik boss jap cakap 'Boss, saya nak balik tidur jap boleh? Pukul 1 karang saya masuk balik'


Kalau la..kalau la ofis ni bapak saya yang punya.









Thursday, December 15, 2011

Selam.



Hati berat. Fikiran bagai lubang kaset yang tak mahu dipusing ke belakang dengan pensil oleh tuannya yang gilakan lagu sama.


Tak nak ingat, tak nak fikir, tak nak sebut.


Tapi harus dititip untuk tatapan masa depan, atau mungkin bulan depan. Barangkali minggu depan.




Semalam.



Saya membuat sedikit survey pasal pelaburan yang ditawarkan di bank-bank Malaysia. Yang pastinya pelaburan yang berlandaskan hukum syarak.


Dengan menggunakan teknik iqra', saya meneliti maklumat-maklumat yang terdapat dalam pakcik google untuk mendapatkan info berkenaan hal berkaitan. Lalu masuk ke laman web-laman web perbankan. Bila berlandaskan islam, sehubungan itu laman web yang di cari mula-mula tak lain tak bukan..Bank Islam.


Bila buka laman web Bank Islam, maklumat pelaburan yang ada tidak begitu lengkap. Saya  telefon contact center 03-26900900 untuk dapatkan apa yang saya nak tahu. Sebenarnya saya tak perlu bersusah payah sebab cawangan Bank Islam berdekatan tak sampai 5 minit jalan kaki.


Dah jadi hobi dan melekat menjadi tabiat yang bertukar habitat, biasanya saya akan terus ke cawangan bank berkaitan sekiranya saya memerlukan maklumat lanjut. Macam yang sebelum-sebelum ni. Sekiranya maklumat yang saya nak dapatkan dari Maybank, saya akan ke cawangan Maybank berdekatan untuk dapatkan maklumat secara lisan. Kalau CIMB, saya akan ke CIMB. Saya memang rajin untuk ambil tahu perkara yang melibatkan kewangan.

Bukan kerana saya suka duit. Tapi saya suka menguruskan duit.




Tapi..


Tapi saya ada masalah yang agak besar.


Macam mana saya nak dapatkan maklumat yang saya nak kat situ, sebab abam bang islang ada situ.


Nanti saya gemuruh.

Bila saya gemuruh, macam mana saya nak tanya soalan?




Tengahari nak keluar makan dengan K'Emi, saya bagitau K'Emi


'K'Emi, sutera nak gi ngintai kat Bank Islam jap..kalau mamat tu takde sutera nak masuk. Ada urusan.'


'Laa, kalau mamat tu ada pun apa salahnya' Balas K'Emi


'Tak boleh..tak boleh, nanti sutera gugup..gigil gigil cane? balas saya sambil sengih-sengih


'La, bukan dia sorang je kat situ..pegawai lain pun boleh je kalau awok nak tanya' balas K'Emi rilek.


'A'ahkan' saya mengiyakan.



Dah siap-siap makan, saya ke singgah Bank Islam.


Dengan konfidennya saya menolak tombol pintu Bank Islam walaupun mamat tu ada kat depan. Kedudukan meja kerja abam tu memang depan pintu keluar masuk. Tapi, ape ade hal. Saya masuk je.


Sampai kaunter yang pakcik jaga nombor giliran, saya bersuara 'Assalamualaikum. Saya nak tanya pasal investment. Nak kena ambil nombor giliran ke atau macam mana?'


'Oo, Cik nak tanya pasal pelaburan. Tak perlu ambil nombor giliran, boleh jumpa terus dengan pegawai yang incharge kat depan tu. Tapi sekarang dia ada pelanggan, Cik tunggu kejap'


'Kat mana? tanya saya lagi.


'Kat situ' lalu pakcik tu mengunjukkan ke arah abam bang islang


Gurlpp, saya telan air liur.


Tadi saya dah penuh yakin tapi bila pakcik tu tuju kat dia saya tetiba kecut.


'Oo, kalau macam tu takpe. Saya datang lain kali.'


Saya mengelak. Memang tak nak.


'Takpe, Cik duduk dulu.'


'Takpe, lain kali sahaja.' balas saya.


'Takpe, Cik duduk dulu kat depan. Tak pun Cik pegi kat meja yang berhadapan dengan kaunter' balas pakcik tu lagi.


Bersungguh pulak pakcik jaga no giliran ni. Saya tak jadi menolak dan ke meja yang berdekatan  kaunter di belakang. Ada seorang lelaki yang berkemeja kat situ. Pernah terserempak dengan abang ni juga. Semestinya kawan abam bang islang. Pernah nampak dia makan sekali.


Lepas bagi salam saya pun bertanya 'Saya nak tanya investment yang ditawarkan di Bank Islam. Saya ade buka laman web dan tengok ada 4 jenis pelaburan yang ada. General investment, Sakinah investment, ASB Islamic dan Unit Trust. Saya nak tanya berkenaan empat pelaburan ni.'


Abang yang kat meja tu macam terkejut tengok saya datang tanya. Dengan senyuman dia balas ' Oo, kalau pasal investment Cik boleh tanya kat depan. Person incharge in investment' ujar abang tu lalu mengunjukkan ke arah tempat duduk abam bang islang.


Ngaaa..muka saya dah bersemu rasanya waktu tu. Terus naik darah gemuruh sekali. Kenapa? Kenapa semua mesti mengarah ke arah tu? Kenapa bukan dengan orang lain?'


'Tapi dia ada pelanggan. Takpe, saya nak tau briefly sahaja. Encik boleh terangkan?' tanya saya cuba mengelak dengan cara berhemah.


'Tak, Cik kena jumpa yang kat depan tu'  lalu abang tu bangun nak bawa saya ke depan, meja abam bang islang.


Waktu tu saya memang dah cuak.

Gelabah semua pun ada.


Cepat-cepat saya matikan langkah abang tu ' Takpe, takpe..saya datang lain kali. Ofis saya dekat je, lain kali saya datang lagi' lepas ucap terima kasih saya terus laju berjalan ke arah pintu keluar.


Masa saya berpaling dari tempat abang tu, pelanggan yang meja abam bang islang dah bangun dan nak keluar.



Saya lagi cepatkan langkah, pakcik kat kaunter macam bagi signal dan tengok tengok saya, abam bang islang juga dah bangun dari tempat.


Saya rasa macam panjang sangat detik yang hanya memerlukan enam langkah sebelum saya bertemu dengan tombol pintu untuk keluar. Macam waktu di freeze bila abam bang islang yang agak terpinga-pinga tengok seorang minah yang kalut-kalut nak keluar dan pakcik jaga no giliran yang macam nak cakap sesuatu tapi tak terkeluar.



Sutera, keluar cepat! cepat! cepat!  kompang hati saya dengan langkah yang makin dilajukan tanpa memandang kiri kanan.



Keluar saja Bank Islam saya rasa lutut saya dah lemah dan longgar. Kecut, gemuruh, gigil, segan, sengal semua ada.





Sampai ofis saya bersandar dan merenung panjang

Apa masalah aku ni sebenarnya?


Apa yang tengah berlaku kat diri aku sebenarnya ni?


Kenapa tak boleh nak control diri ni?

Boleh tak buat rilek je tanya soalan dan apa yang nak tau?



Bila teringat balik rasa macam nak hantuk kepala kat dinding

Gedengang gedengang gedengangggg!



Pastu nak selam muka dalam air

Blurpp blurpp blurpp


Pastu angkat




Pastu selam lagi

Blurpp burpp blurpppp!




Balik rumah saya nangis.






Wednesday, December 14, 2011

Pipit.


Saya rasa saya pipit.

Mana kan layak untuk terbang bersama enggang.


Tadi saya mengutarakan benda yang sama pada K'Emi Mastura.


' K'Emi, sutera rasa sutera sangat pipit compare dengan abam bang islang'


' Kenapa, abam bang islang pakai BMW ke?' tanya K'Emi balik.


Nak tergelak pun ada bila K'Emi soal balas macam tu.


Tau la saya pegi keje naik elarti je. Kot ye pun, jangan tanya macam tu. Terengsot jugak hati ni. har har


' Bukan macam tu la K'Emi, tapi semalam bila terserempak dengan dia berkemeja, tie, proper bagai..sangat sempurna. Sutera ni minah cokia je.' balas saya.


' Ni nak tanya ni, awok ni suka betul-betul ke kat abam bang islang awok ni? Kalau betul, bior je akak pegi tanya dekat Bank Islam tu..tanya akak-akak yang kerja kat situ..nama dia apa, asal mana semua'


' Jangan! Jangan! Akak jangan la pegi tanya..nanti kalau akak pegi tanya, entah-entah akak orang yang ke-100 tanya soalan tu buat minggu ni' tegah saya cepat-cepat.


' Nanti lagi la dia ingat saham dia tengah naik dengan hebak. Tak nak la' sambung saya lagi sambil pintal-pintal tudung.


' Tapi, dia ada bagi hint kat awok jugak kan? Terai la senyum-senyum kat dia. Tak pun tegur hai ke' ujar K'Emi.


' Tak nak la. Takkan sutera nak sengih-sengih depan dia pastu cakap 'Hai awak!'...eeiii tak seswai' balas saya lagi


' Habis nak buat macam mana?' tanya K'Emi balik.


' Tak buat cane-cane la. Kalau dia suka kat sutera jugak sutera rasa dia kena la mula langkah. Takkan kita yang perempuan ni pulak nak mula dulu' balas saya.


' Tu betul la, tapi awak pun jangan la buat tak tau dan derk pulak bila terserempak dengan dia. Nanti dia tak berani pulak nak tegur ke apa pulak nanti' saran K'Emi dengan penuh concern.


' Habis, takkan sutera nak senyum-senyum sengih sengih nampak gigi kalau terserempak dengan dia? Eii..tak nak la! Walaupun sutera ni sengal..tapi tu adalah salah satu benda gila yang sutera tegar nak buat'

' Takpe la..sutera buat biasa dan tak tahu je la kan. Lagipun sutera rasa dia sangat hebak untuk sutera. Tegap, tinggi, kemas, good looking, muka berimang, semua la. Complete set' balas saya lagi.


' Awok ni, tak boleh la macam tu. Kenalah berusaha. Macam kisoh bas tu. Bas yang duk lalu lalu, awok bio je padahal awok nak naik. Mana la bas tu nak berhenti kalau awok tak tahan' hujah K'Emi yang berasal dari Temerloh.



Saya terdiam. Berfikir. Ada benarnya juga cakap K'Emi tu. K'Emi sambung lagi ' Laki ni kadang-kadang dia nak terai, tapi bila perempuan ni tak bagi reaksi positif, maklum balas hint tu macam acuh tak acuh, tetapi tetiba ada perempuan lain yang tiba-tiba masuk, dia memang senang capai yang tu je'. Terang K'Emi dengan panjang lebar berdasarkan pengalaman hidup zaman muda-muda dan ibu kepada dua orang anak.


Saya diam.


Lama tu saya balas,


' Takpe la, kalau bas tu tak nak berhenti, nak kena tahan baru berhenti..sutera tunggu bas yang tak yah tahan. Naik bas yang tiba-tiba berhenti sebab ada penumpang nak turun. Pastu sutera naik la. Hebak tak sutera? ngaa' Jawab saya sambil sengih-sengih.



K'Emi geleng dan gelak-gelak 'Susah cakap dengan orang sengal ni, cane cane nak menang jugak'




Kik kik kik. Saya jalan berlalu sambil sengih-sengih




Habis tu, nak cakap cane lagi..dak?








Monday, December 12, 2011

Kronik.


Pasal cerita abang Bank Islam sebelum ni tu kan..


Ni nak sambung la ni.


Walaupun saya tak tulis bersambung kat bawah tu, tapi saya nak cerita jugak


Tapi saya pendekkan cerita terus.


Aci?


Kalau tak aci pun, saya pakai kira aci je.



Dipendekkan cerita, bila mata bertentang mata, dalam hati ada rasa. Kuch kuch hota hai.



Tapi main tentang-tentang mata je. Kalau time berani sket je saya senyum simpul kat dia. Tapi tak tersimpul mana, sebab malu.


Sampai la minggu lepas. Saya langsung tak terserempak dengan dia. Biasa kalau tak selang sehari, selang dua hari mesti jumpa.


Kalau jalan dengan Nonisuwara ke, Erra Pazira ke, diaorang pun tau. Tolong bagi hint lagi. 'Sutera, sutera abam bang islang!' Abam bang islang!'. Abam bang islang adalah nama manja dia.


Pastu saya buat buat tak nampak, pastu bodigad bodigad saya akan cakap 'Sutera, sutera abam bang islang tengah usha. Dia pandang sini, dia pandang sini!'


Bodigad saya memang kepoh.



Jadi bila minggu lepas saya tak terserempak langsung, saya tanya la bodigad bodigad saya..'Ada nampak abam bang islang tak? Dah berapa hari tak nampak dia. Nak seminggu dah ni. Gi ngintai dalam bank islang pun takde. Kursus gamaknya'


Pastu dengan selamba Nonisuwara bersuara. 'Tak la. Kite tak rasa dia pegi kursus. Dia cuti kawen.'


Erk, sentap kejap.


Nonisuwara pulak buat muka sengih-sengih.


Saya pun buat muka dan jelir kat dia sambil cakap 'Tipu!'


Ada la rasa cuak sket sebenarnya.




Seminggu tak jumpa dia buat saya asyik teringat kat dia. Sampai la kelmarin saya mimpi kat dia. Siap masuk mimpi.


Orang cakap, kalau kita mimpi kat dia, dia pun tengah ingat kat kite jugak.


Betul tak?



Jadi semalam saya bangun tidur sambil senyum kumit-kumit. Abam bang islang ingat kat kita jugak. Hik hik hik. Sebab tu semalam saya eksaited bagitau rahsia dalam ni.



Hari ni saya pegi kerja macam biasa. Pastu kan, tengahari tadi saya terserempak dengan dia waktu tengah makan kat Key Ep Ci. Dia nampak terkejut. Saya lagi terkejut campur rindu.


Ewah. Mengalah orang bercinta.



Nampak je dia saya cepat-cepat tengok jari dia.


Kosong.

3 jari hujung dia tak merah.



Lega.

Tekaan Nonisuwara tak benar belaka.



Cumanya..bila tengok jari, tengok tangan dia, mak aiii putih melepaknya mamat ni.


Sebelum ni memang tau dia cerah, tapi tak expect seputih melepak ni.



Kennot go gini..kennot go.



Nanti masa sarung cincin nanti kalau orang compare tangan saya lagi gelap dari tangan pengantin laki cane? ngaa


Pastu balik ofis saya pun bercerita kat K'Mas. 'K'Mas nak tau tak, tadi kan sutera jumpa abam bang islang tu. Dah lama tak jumpa dia. Pastu kan sutera dah tengok jari dia. Nasib baik tak merah pakai inai. Kalau tak habis la. Pastu kan, K'mas kan sutera baru perasan gile putih mamat tu. Sutera tengok la dia sinsing lengan nak makan bagai kan, puteh bebeno. Memang sah-sah kalah sutera. Nak kena bleeching bagai ni. Nanti atas pelamin cane. Nanti nak sarung cincin cane tangan dia lagi puteh dari sutera. Tak boleh jadi, tak boleh jadi..kennot go. Kena bleech ni..'


K'Mas sengih-sengih geleng kepala tengok saya cakap tak henti-henti.


Pastu baru K'Mas bersuara 'Jap, jap..akak nak tanya ni. Yang nak bleeching bagai, nak sarung cincin, atas pelamin bagai ni..nama dia..nama mamat tu dah tau belum ni. Apa nama dia?'



Ngaaa..saya terlopong. Ye tak ye jugak


Sambil sengih sengih buat muka seposen saya balas..'Ermmmmm..tak. Tak tahu dia nama apa..hehe' balas saya sambil jalan pelan-pelan balik tempat.






Kronik..kronik..








Sunday, December 11, 2011

Rahsia.



Kamu nak tahu satu rahsia?


Tapi kena janji dulu.



Tak aci cerita kat orang lain.


Janji?



Betul ni?



Terima kasih.



Saya tahu saya boleh percayakan kamu.



Tapi, malu pulak nak cerita.


Hik hik hik




Geli betul gelak macam tu.


Erm, saya nak bagitau satu rahsia. Rahsia dalam cerita.



Cerita pasal seorang lelaki yang saya suka.



Hebak tak saya? Saya suka dekat seorang lelaki.





Dulu-dulu kan..


Akak opis saya selalu cakap 'Sutera, sutera pegi la Bank Islam kat bangunan sebelah tu. Ada mamat hensem. Hensem sangat. Ada dua orang. Tapi yang kat kaunter tu lagi hensem'


Selaku minah yang sengal saya automatik akan buat muka teruja dan gatal 'Siyes ni K'mas? Hensem betul-betul ke main-main ni? Sekarang jugak Sutera pegi tengok..sekarang jugak bukak akaun Bank Islam!'


Pastu saya gelak-gelak.


Macam biasa, mulut je beria. Padahal da ada akaun Bank Islam. Pastu buat tak tahu. Selalu lalu depan Bank Islam tu pun tak pernah jenguk. Kalau ada urusan kat Bank Islam pun saya tak sempat nak ushar siapa-siapa.


Tu kalau tak silap cerita taun lepas.


Cerita taun ni. Saya jumpa kawan K'Jessica kat kenduri kawen dia. Ingat tak lagi cerita K'Jessica yang hebak  melayan tetamu untuk majlis kenduri dia? Kawan K'Jessica dah jadi kawan saya jugak.


Tengah rancak bersembang yang macam-macam topik keluar sampai la ke topik stress keje. Tetiba kawan K'Jesika yang ofis bertentangan dengan bangunan ofis saya berkata 'Akak kalau stress je mesti pegi Bank Islam kat MARA tu'


'Haa, pegi Bank Islam? Buat apa?



' Tengok anugerah Tuhan yang indah. Terus hilang stress.'


Saya terpinga-pinga jap.


Pastu akak tu cakap, dia dengan ofismate dia (arkitek) kalau stress keje ke nak dapat ilham ke, mesti pegi Bank Islam tu. Pegi kejap. Masuk duduk. Tengok mamat hensem dua orang tu buat kerja. Lama dah okey, pastu balik masuk kerja balik.


Dengar je dia cerita macam tu saya golek guling guling gelak.



Saya ingat saya je minah paling sengal suka buat kerja ntah pape. Tapi ada jugak yang lagi haru pada saya. Maksudnya saya normal la macam ni..haha




Tapi tu semua tak dapat la buat saya tertarik pegi tengok hensem mana mamat dua orang tu.


Sampai la baru-baru ni. Saya sarapan kat MARA. Meja saya sebelah dengan meja sekumpulan lelaki. Pastu pastu pastu kan



Ala, malu la nak cerita..


Cerita lain kali boleh?






Hik hik hik





*Geliewww

Tahukah kamu?



Tahukah kamu?

Apakah yang paling mencabar bagi seorang perempuan yang sengal dan saiko macam saya pada hujung minggu dan berseorangan?


Menahan nafsu.




Nafsu makan?


Tidak



Nafsu tidur?



Pun tidak



Tapi,


Nafsu sengal.





Sebenarnya saya dah lama tak mempunyai masa senggang pada hujung minggu sejak raya puasa baru-baru ni. Hujung minggu saya penuh dengan aktiviti. Sebab tu saya juga tidak sempat untuk menyengal kat sini. Dari hari raya puasa, bawak ke raya korban sampai la minggu lepas. Minggu ni saya langsung tidak mempunyai apa-apa aktiviti. Biasa aktiviti saya adalah aktiviti kebajikan seperti meneman kawan menempah baju tunang, meneman kawan jual bunga di konvokesyen, meneman kawan mengambil adik di Kuantan, meneman kawan makan stroberi di Kameren Hailen mahupun meneman kawan bawak adik jalan-jalan di Bukit Tinggi.


Pendek kata, hujung minggu ni aktiviti kebajikan hatta meneman kawan tengok wayang pun tiada dalam jadual. Hujung minggu ni adalah hujung minggu untuk saya memanjakan diri saya semata.


Dah lama juga saya tak keseorangan di rumah mengadap dinding. Semalam lepas kejutkan saya, K'sandra keluar ada hal dan semalam tidur rumah kawan. Jadi tinggal saya keseorangan. Semalam saya masih normal keseorangan dirumah walaupun dalam kekechiwaan. Lepas maghrib saya keluar keliling rumah cari bulan. Tapi tak nampak. Awan KL sangat tebal. Sangat kecewa tak dapat menyaksikan gerhana bulan. Waktu-waktu macam ni la berangan sedap kalau ada kat kg mesti nampak.


Pagi ni saya bangun awal, buat apa yang patut. Sampai tengahari okey lagi..layan Melodi, menulis blog lagi. Tapi nak masuk ke petang fikiran saya dah mereka sesuatu. Sesuatu yang menghabiskan duit. Tapi semalam baru saya berazam untuk menabung. Tapi saya tak kira, saya nak buat jugak. Saya nak buat rambut.


Bukan ke keje gile?


Takde angin takde ribut. Pakai tudung tapi nak buat rambut. Ape hal.


Tapi saya tahu tu kerja membazir. Jadi saya tahan nafsu.


Saya baca buku, buat itu, buat ini. Pastu tengok jam. Pukul 4. Salon depan rumah ni bukak lagi sampai pukul 6. Nak pergi ke tak. Nak pergi ke tak.


Pergi.

Tak.


Pergi.


Macam-macam alasan saya reka untuk nak tahan nafsu dan saiko diri sendiri.



'Tahan, tahan, tunggu gaji masuk dulu' - hati belah kanan


'Takpe, duit ade lagi ni. Sempat sebelum gaji'- hati belah kiri


'Tak boleh, tak boleh. Kan da janji lebih gaji nak simpan. Mana boleh guna. Kan nak pegi Egypt' - hati belah kanan.



'Ala, bukan taun depan ke nak start!' - hati belah kiri


Hati kanan - 'Warghhhhh'



Atoiiiii..kerja gile ni semua. Macam mana saya nak menabung macam ni. Nafsu ntah pape saya ni nak kena ajar dan jinakkan dulu.



Saya belajar bersabar, bersabar dan bersabar jangan mengikut nafsu. Berbelanja ikut keperluan. Elak untuk berbelanja untuk kehendak.




Dan akhirnya jiwa saya menjadi tenang lepas jam 6 petang. Berjaya jugak yey!




Tapi


Tapi



Ntah macam mana saya gatai tangan bukak laman web AirAsia. Tengok punya tengok, tiket pegi Phuket pegi balik RM 208. Macam murah.

Cepat-cepat sms member tanya nak pegi tak.



Bukan taun depan punye taun depan ke saya nak pegi melancong? Bukan nak menyimpan dulu ke?



Warghhhhh!






Buku.


Hari ni saya berada di rumah. Juga. Hujung minggu yang saya akan gunakan sebaik mungkin sebelum tahun ini berakhir untuk review diri sendiri sepanjang tahun.


Tapi hari ni saya bangun awal. Hebak tak?


Pagi tadi saya baru habis membaca buku tentang Yvonne Ridley. Seorang wartawan Inggeris yang pernah di tawan Taliban waktu kecoh-kecoh pengeboman Afghanistan untuk mencari Osama Laden. Bagaimana dia menyusup masuk dari Pakistan, di tawan Taliban, di bebaskan sehingga beliau memeluk islam dan sekarang bersuara lantang membela umat islam di Barat.


Bila disemak-semak dan direnung-renung, saya rasa tahun ni rekod pembacaan yang paling teruk sepanjang 2 dekad.


2011.

1) Dari Penjara Taliban Menuju Iman - Anton Kurnia.

2) Rancang Wang Dari Sekarang - Pakdi.

3) Yess Boss - Areila Sahimi

4) Kontrak Cinta - Dyadila

5) Isabella - Lupe penulis, member tengah pinjam

6) Bumi Cinta - Habiburrahman El- Shirazy.



Teruk kan? Sepanjang tahun hanya 6 buah buku je saya baca sampai habis. 4 daripadanya adalah novel. Sangat tak membina. Satu pun takde buku omputes. Memang tak membangun. Tapi buku paling hebak yang saya baca tak sampai satu hari, hanya sekali bukak..buku Rancang Wang Dari Sekarang. Saya balik keje singgah beli, malam sebelum tidur saya dah habis baca. Buku tu memang hebak untuk seorang yang boros macam saya. Kamu pun harus baca.


Buku Bumi Cinta dan Isabella, saya pernah cerita dalam blog ni satu masa dahulu kala. Itu pun kalau kamu kamu masih ingat. Dan selepas itu saya memang tak sentuh mana-mana buku sehingga buku Kontrak Cinta yang baru beli bulan lepas. Dan selepas tu buku Yess Boss, Rancang Wang Anda dan yang terakhir baca buku Dari Penjara Taliban Menuju Iman.


Saya pun tak pasti sejak bila saya mempunyai alahan dalam membaca. Buku yang saya beli awal tahun dulu kat Pesta Buku PWTC, satu pun saya tak baca sampai habis. Kecuali Isabella. Itupun sebab novel dan nipis.

Baca blog apatah lagi.




Jadi,

Pesta Buku tahun 2012, saya takkan beli buku selagi buku ber rak rak dalam bilik saya tak sentuh lagi.



Deal?










Tapi, tahukah kamu dengan membaca itu dapat membuat jiwa-jiwa kamu menjadi tenang?


Nampak sangat tahun ni jiwa saya tak tenang.


Saturday, December 10, 2011

Tadi.



Hari  ni saya bangun tengahari.

Sedar-sedar K'Sandra masuk bilik kejut tanya tengahari nak makan apa sambil bebel-bebel ' Anak dara ni lamanya tidurrrr..tak bangun-bangun!'


 ' Dah pukul berapa?' tanya saya sambil sengih-sengih mengeliat culas atas katil.


'Dah pukul 1.00 tengahari la makcikk!' Balas K' Sandra


' Ye ke, nape sutera macam baru dengar azan subuh je tadi'


Bumm! K'sandra baling bantal..haha



Semalam tengah syok-syok layan Bourne Ultimatum tetiba blackout, malas nak pasang lilin dan basuh muka dan gosok gigi semua saya terus panjat katil tidur. Hari cuti dan tengah bercuti memang layan tidur tak sedar.


Bangun-bangun mandi, bukak fesbuk tengok status kawan 'Enjoy ur 20's while it last'


Ngaa


Kan..

Kan..



Saya dah tua sebenarnya



Baru je rasa cuak nak masuk 28 tahun yang tinggal beberapa hari lagi


Baru je rasa nak jadi macek sket


Jadi matang dan tak buat benda benda sengal lagi


Benda benda sengal macam tak makan ubat walau demam dah dua minggu, pastu batuk tak berhenti henti pastu baru nak cari ubat kat farmasi pastu pharmacist ugut-ugut pastu baru gi klinik jumpa doktor. Pastu kalau nak beli apa pakai beli je walaupun semua dah ada. Pastu pastu pastu pastu pastu pastu pastu


Jadi

Saya rasa tahun 2012 ni saya nak jadikan tahun untuk saya menabung dan menyimpan duit. Saya nak saving tanpa habiskan untuk benda tak sepatutnya seperti beli baju beralmari-almari, beli kasut ber rak-rak, beli henbag bergantung-gantung penuh dinding.



Sebab tahun 2013, umur saya dah 29 tahun..saya nak pegi Egpyt. Saya nak melancong ke tempat-tempat saya nak pergi sebelum umur saya masuk 30. Aci?






Kawen bila?





Ntah.





Saturday, December 3, 2011

Syukur.



Syukur,


Tuhan masih lagi mengizinkan daku menangis terhadap-NYA.






Dengan segala kekurangan, sengal, sikap sambil lewa dan segalanya..DIA sentiasa ada untukku




Diri ini hina sehina hina
Tak layak rasa dalam diri untuk selalu meminta
Meminta dan terus meminta
Kecewa bila tiada
Meminta lagi
Meminta yang dunia semata

**


Usah dihitung segala pahala
Usah dikarung segala balasan
Apatah lagi berkoyan-koyan dosa


Siapa kamu untuk tentukan yang bukan hak mu?







Keredhaan ALLAH kamu harus cari
Matlamat itu yang hakiki.





* Solat taubat- Kak Cik, hawa nafsu -Al-Quran, 44