Tuesday, January 31, 2012

Lahir.



Lama tak jumpa.



Laptop saya ada dengan adik. Bagi budak tengah belajar guna.



Saya kan kakak yang baik.




Nak dengar cerita pasal apa ni?







Pasal yang datang tanya tu? Tak nak. Dah settle.



Ke pasal kereta yang saya nak beli tapi tak beli-beli lagi? Ke cerita pasal saya kecut perut nak bawak kereta? Ke cerita pasal saya menyampuk makcik jaga bangunan berjoyah dalam lif? Ke cerita sengal saya tak reti pasang kepala gas dapur? Ke cerita saya order milo tabur tapi nak panas pastu kena smash kat abang kedai tu..'Dik, kalau panas macam mana nak tabur. Mestilah tenggelam'..ngaa








Okeylah



Kita cerita pasal cuaca menarik jugak



Cuaca hari ni chantek kan?












Okey dah.




Terima kasih mak.






Alif sin lam alif mim 'ain lam ya kaf mim..


Apa perkhabaran semua? Semoga sihat sejahtera luar dan dalam hendaknya.




Saya macam biasa, kurang sehat.


Luar, alhamdulillah.


Dalam, tak pasti.


Jadi kurang sehat.



Adeh, bukak ni saya nak cerita pasal sunyi sebenarnya. Tapi keluar perkataan kurang sehat, saya teringat kat Sogo semalam.



Tengahari semalam saya lunch kat Sogo. Saje tukar angin. Makan nasi ayam kat food court atas tu. Saya amek nasi dengan ayam Honey BBQ. Arakian saya suka sos dia, saya cakap la dekat abang yang tengah prepare order tu


'Nak sos lebih sikit eh'


Pastu dia tanya balik 'Nak lebih ke nak sikit?'




Atoiii, susah benau nak cakap dengan abang bangla ni..hehe











Monday, January 23, 2012

Ngong.



Ermm..saya rasa saya tak nak.



Boleh?



Mak tak cakap ape cuma cakap, ' Ni dah kali keempat..akak nak tolak jugak lagi ke?'



'Semua orang dekat-dekat, ni paling dekat. Mak tunggu yang akak buat balik sendiri tak jugak bawak-bawak balik'




Saya cuma diam. Cakap nak pun tak. Tak nak pun tak.




Tapi saya rasa saya tak nak.




Tapi macam mana saya nak cakap.




Gile ke ape?




Yang datang mintak ni kawan baik mak.




Dah la sekampung.



Pastu mak cakap dulu-dulu dia pernah mintak untuk anak sulong dia. Tapi mak diamkan. Ni dia datang lagi tanya dan mintak untuk anak dia yang no tiga. Mak cakap dulu makcik ni da berkenan masa dia datang rumah saya tolong-tolong kenduri K'long.





Kelmarin saya dah jumpa keluarga dia





Semalam pun lelaki tu datang rumah jumpa dengan abang saya. Mereka kawan dari kecik. Abang saya yang ajak. Dia rilek datang sorang.




Saya keluar angkat air, saya duduk kejap. Sembang-sembang. Dia tanya, saya jawab. Pastu saya masuk. Dia ajak balik KL sekali Rabu ni.





Tapi saya rasa saya tak nak




Cane saya nak tolak ni






Abang dengan mak da bagi greenlight..K'Long dah tak larat nak melayan kerenah saya, cuma sebelum dia balik Kuala Terengganu dia pesan kat mak, 'Mak jangan berharap sangat dengan Sutera tu'




Warghhh!







Ermm...cane?






Kalau saya cakap tak nak, teruk sangat ke?





Kamu-kamu rasa macam mana?











Friday, January 20, 2012

Sarapan.



Selamat pagi jumaat.



Pagi tadi saya sarapan roti canai.


Dengan member-member satu ofis dan makan satu meja.



Erra Pazira, Nonisuwara (ingat lagi kat depa-depa ni?) dan Nurul bukan Ajai.


Habis makan nak pergi bayar tetiba abang cashier tu cakap 'Dah ada orang bayarkan'



Ngaaa




Sape..sape..sape?



Pertama kali dalam hidup ni makan-makan, nak pergi bayar tapi dah ada orang bayarkan.




Erra Pazira tanya,


' Lelaki ke perempuan yang bayarkan?'



' Lelaki' abang tu jawab.



Ngaaa




Saya dah senyum-senyum. Eksaited katakang. Mana tau kot-kot secret admirer.




Erra Pazira tanya lagi,


' Lelaki yang makan dekat meja mana satu?'



' Yang duduk meja hujung sana' jawab abang tu sambil menunjukkan tempat kejadian.



Erra Pazira dah sengih-sengih.



Saya tanya, 'Sape? Sape? Hensem tak?'



Sambil jalan Erra Pazira sengih dan kata 'Korang nak tahu ke? Tak payah la, nanti kechiwa'



'Ala bagitau la, bagitau la' jawab saya dengan eksaited.



' Yang duduk kat meja hujung tadi En Usop' balas Erra Pazira



'Alaaaaaaaaaaaaaa, En Usop ke? Aishhh..kenapa En Usop yang jadi orang pertama dalam hidup tolong bayarkan makanan dengan senyap-senyap ni..' balas saya tertekangg



En Usop tu bos bahagian kami dah ada anak lapan dan beruban.




Nurul bukan Ajai dan Nonisuwara dah gelak-gelak



Saya pun gelak jugak. Gelakkan diri sendiri..ngaaa






********




A'ah..malam ni saya balik kampung. Macam biasa dengan driber, abang bas.


Erm, esok saya akan berjumpa dengan bakal mak dan bakal yang datang merisik tanya-tanya hari tu.


Datang berjumpa muka.


Saya tak rase gedebar pun..cane?






Tapi,


Erm, kamu-kamu doakan yang terbaik untuk saya eh?




Terima kasih.






Dan saya juga berharap saya tak buat perangai...lagi.


Suka eksaited lebih-lebih tapi bila semua dah depan mata, menolak dan ignore.


Dan juga saya berharap agar lelaki ini mempunyai ubat pada segala penyakit sengal yang saya ada.









Selamat bercuti buat kamu-kamu,

Wednesday, January 18, 2012

Mata.


Semalam saya pergi buat facial.


Hobi jugak ni. Cuba banyak-banyak tempat. Setakat ni saya tak jumpa lagi tempat yang saya suka dengan khidmat dan harga yang berpatutan.


Jadi, semalam saya cuba buat facial kat Herbaline.



Sampai-sampai, beutician kat situ brif tentang produk dan teknik yang dia akan pakai.



Brif punye brif, saya tanya punya tanya, tetiba beutician tu tanya saya



'Kenapa dengan mata awak?'


Saya sengih dan rilek jawab 'Eyebag eh?'




Sejak menangis juga jadi hobi yang bakal bertukar jadi tabiat tak lama lagi saya sangat maklum tentang hal tersebut.



'Tak, bukan eyebag tapi lingkaran hitam dekat mata. Macam mata panda' jelas beutician tu



'Akak ada boifren?' beutician tu tanya lagi



Erk, saya dah tergelak dan tanya 'Apa kaitan boifren dengan mata panda?'



'Takdela, akak boleh buat treatment untuk kurangkan. Nanti boifren akak tengok mata akak cantik'




Waktu tu saya dah gelak golek guling-guling




Apa kaitan?



Ada saya kesah.


Mata saya tak perlu buat treatment, dah semulajadi chantek..ngaa




Lepas saya gelak ha ha ha


Saya balas,



'Saya ingat awak nak cakap mata keliling saya gelap sebab tak cukup tidur gayut dengan boifren, tapi lain pulak'



Budak tu pulak sengih. Terer betul dia tarik pelanggan untuk buat treatment. Bijak.





Nasib saya tak balas ' A'ah, memang mata saya macam mata panda. Tapi bukan tak cukup tidur gayut dengan boifren, tapi sebab bangun malam solat tahajud'..ngaaa






*********




A'ah, satu lagi..alhamdulillah, rusuk kiri saya dah okey.


Dah kurang sakit, tak macam dulu.


Nak tahu macam mana berkurang?



Hujung minggu hari tu saya tukar cadar, macam biasa.


Masa nak jangkau hujung katil yang sebelah dalam, saya terai jugak capai guna tangan sebelah kiri walaupun sakit dan tak berkudrat. Tangan kanan tak sampai.


Masa saya terai dalam kepayahan, tetiba bunyi 'krakkkkkk pap'




Memang sakit yang amat. Sangat sakit.


Terduduk dan tergolek jugak la kejap.


Tapi lepas tu lega. Tulang dah okey balik ke tempat asal.


Alhamdulillah


Kalau tau macam tu, tiap-tiap hari saya tukar cadar..ngaa


Saya dah usaha macam macam, berurut, letak minyak, telan ubat semua tak jalan.


Tukar cadar jugak yang jalan


Kun fa yakun


Alhamdulillah



Batuk pun sekarang dah makin berkurang



Tapi sepanjang umur saya, sakit kali ni sakit yang lain macam dan masa senggang yang ada tapi tak mampu berbuat apa-apa selain tidur dan bangun banyak buat saya berfikir.


Mengimbau dan berfikir.


Kebenaran demi kebenaran.


Peluang demi peluang.






Alhamdulillah dan terima kasih pada yang mendoakan saya.




^__^








Saturday, January 14, 2012

Risik.


Tengahari tadi saya menerima panggilan daripada mak.


Mak bagitau ada orang datang merisik.


Saya dengar sambil senyum.


Bukan senyum kumit-kumit, tapi senyum sumbing.



Dalam hati berbisik, 'Menolak lagi kali ini?'



Ini bukan kali pertama.




Sebelum ni saya tak pernah bercerita kisah cinta saya dalam ni kan? Cerita yang betul-betul. Baru-baru ni je saya bercerita tentang abam bang islang. Memang tulah sebenarnya yang berlaku dan sepanjang hidup saya, dia yang berjaya buat saya tertarik sampai tahap kelu untuk berkata dan berjaya buat saya menangis. Saya balik menangis hari tu sebab saya tak puas hati kat diri sendiri. Kenapa dengan dia saya jadi macam tu?


Itu bukan pertama kali saya deal dengan lelaki. Saya patutnya dah lali dan biasa. Saya ada ramai kawan laki dari kecil dan even bila berkerja saya banyak berurusan dengan lelaki. Kerja dalam bidang construction menjadi rutin mesyuarat penuh meja dengan lelaki-lelaki. Tak kisah tampan ke tak tampan ke tahap muka macam abang Fahrin Ahmad saya ke, saya rilek je bila melibatkan kerja.


Tapi bila berdepan dengan abam bang islang, saya jadi kaku. Kadang-kadang saya ada terfikir yang mamat ni memang pakai ilmu..ngaa (tak puas hati tahap siap sangka buruk..huhu)


Masa saya balik menangis hari tu, saya ada terfikir. Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya.


Dan hikmahnya baru saya sedar bagaimana perasaan orang yang suka kat saya tapi saya tolak mentah-mentah. Perasaan yang datang dengan sendiri dan buat kita adore dengan seseorang, tapi tak boleh meluahkan. Apatah lagi dah luah tapi ditolak.




Erm, kamu-kamu nak tahu satu cerita tak?





Dulu-dulu kan masa kecik, cita-cita saya nak kapel. Serius. Dari sekolah rendah. Saya teringin sangat nak kapel dan merasa ada boifren. Kawan-kawan yang lain ada siap tukar-tukar surat. Saya jadi posmen. Saya ada gosip je, tapi tak jadi pun.


Jadi saya berazam, UPSR nanti saya nak dapat result semua A. Supaya dapat masuk sekolah asrama penuh. Nanti masuk sekolah cerdik dapat kapel dengan orang cerdik.


Dan memang saya dapat semua A. UPSR saya dapat 4A. Tapi rezeki tak menyebelahi saya dan saya hanya masuk sekolah biasa. Saya pegang lagi azam tu. Saya nak kapel. Tingkatan 1 sampai tingkatan 3, ada yang mengacau tapi semua jenis yang tak masuk buku, saya buat tak tahu je. PMR saya pulun lagi.


Dan kelapan-lapan subjek saya dapat A. Akhirnya saya dapat tawaran sekolah asrama penuh.


Hebak tak?



Saya punye eksaited dapat masuk sekolah asrama penuh, tahap lompat-lompat. Nanti nak kapel. Nak kapel. Nak kapel. Nak kapel dengan orang cerdik dan hebak. Nanti baka saya hebak-hebak.


Tapi memang malang tak mengeluarkan sebarang bau. Hari pertama daftar, saya tak jumpa dengan seorang pelajar pun yang rambut cacak-cacak dan tanpa tudung kecuali pak gad dan abang dewan makan.



Sekolah tu memang sekolah semua perempuan. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh tak tahu fakta tersebut. Sekolah tu memang SBP baru dan saya adalah 3rd batch kat situ. Maka, bermukim la saya selama dua tahun kat situ dengan penuh kebosanan.


Sebab tu result SPM saya tak semua A. Sebab takde pemangkin..harhar


Nanti kalau anak-anak saya dapat masuk sekolah semua perempuan, saya tak nak kasi. Memang bosan yang amat. Saya memang tahap rilek je tidur dalam kelas walaupun Ketua Kelas. Semua subjek saya tidur.


Pastu benda paling kelakar dan adalah fakta..bila ada je cikgu lelaki baru masuk berdaftar, memang heboh satu sekolah dan jadi bualan sepanjang semester. Bukan cikgu, abang dewan makan tukar pun jadi isu hot jugak..harhar


Satu lagi fakta..bila kat sekolah semua perempuan, bila kita menyerlah, memang takde saingan. Sekali diberi kepercayaan, anda akan memang semua jawatan dalam sekolah. Presiden PBSM? Presiden Ketua Kamar? Presiden Majlis Ketua-Ketua Kelas? Presiden Kelab Pencinta Alam? Presiden Kelab Bola Jaring? Presiden Kelab Ping Pong? Presiden apa lagi? Semua jawatan tu saya pegang.


Dan kat sekolah tu saya tak dikenali dengan nama sebenar, saya lagi gelama dengan nama Joe. Sebut Sutera seorang pun tak kenal, tapi kalau sebut Joe satu sekolah kenal. Lagi kenal bila sebut Joe is Pailang.


Dan saya dan yang satu geng memang ada nama kumpulan. Blacksharetym. Nama geng memang tahap kongsi gelap..haha..kelako. Kami ada 6 orang. Ajue, Mizah, Yuyu, Shida dan Farah. Tapi geng kami bukan stok panjat pagar keluar malam ke semua tapi kami geng stok yang sehat. Macam Ajue, dia yang cipta lagu sekolah. Jadi dendangan dari dulu sampai sekarang. Kami stok geng yang cikgu boleh harap dan boleh percayai..ewah.



Bila saya dah masuk sekolah semua perempuan baru saya sedar niat saya dari kecik-kecik dulu sebenarnya tak direstui. Saya mula berdoa 'Saya takkan bercinta sebelum tiba masa dan berjumpa dengan lelaki yang sesuai dengan saya. Saya berazam lelaki pertama yang saya cintai adalah suami saya yang sah' dan dalam hati kecik saya waktu tu, saya senyum simpul-simpul sambil membuat andaian 'Mesti suami saya bangga kan nanti bila tahu dia lelaki pertama yang saya cintai dalam hidup..hik hik hik'




Saya pun tak pasti kat mana belajar dan sapa yang ajar menda-menda macam ni. Tapi itulah yang saya lalui dan saya dah azam dari dulu..kadang-kadang bila fikir balik kelakar pun ada. Macam mana tak baligh lagi dah fikir sampai nak kapel semua bagai. Kelako betul.



Kamu-kamu dulu masa kecil ada fikir menda-menda macam ni jugak tak?





Dan bila habis sekolah tu, masuk matriks dan universiti semua bagai saya pandang laki macam biasa. Tak nak dah kapel. Saya nak cari lelaki yang boleh dibuat suami, bukan untuk kapel main-main. Saya memang pegang dan maksudkan apa yang saya kata.


Lepas tu kalau ada je orang nak ngorat, saya buat tak pusing. Kalau berani masuk meminang lar!


Kalau setakat mintak no telefon tu, hai-hai bye bye je.


Kalau setakat jeling-jeling dan cari pasal untuk curi perhatian tu, memang tak layan. Takde effect.


Kalau tengok ada orang ngorat, saya akan tilik dulu. Mamat ni pesen serius ke pesen nak main-main ni. Ni kalau agak kapel ni taun bila baru kawen ni. Belaja tak abes lagi, nanti nak kerja lagi, menyimpan untuk kawen lagi.



Benda-benda macam tu saya fikir.




Tapi



Tapi, bila tak abes belajar lagi dah ada orang masuk merisik..



Saya turut menolak


Menolak


Menolak lagi



Lagi

Lagi


dan lagi






Ape yang saya nak sebenarnya?







Wednesday, January 11, 2012

Uwaaa.


Uwaaa uwaaa uwaaaaaa



Sobss sobss sobbbsss



Uwaaa uwaaa Uwaaaa



Uwaaaa Uwaaa Uwaaa




Uwaaa Uwaaa Uwaaaa




Nangis kuat-kuat.







Apa susah.




Jangan dok melawan fitrah. Kalau sedih, menangis lah. Jangan nak tunjuk terer tahan-tahan airmata. Nak gelak tak pernah tahan pun. Pakai gelak je tak kisah kat mana-mana. Tapi nak nangis dok tahan-tahan bagai. Kunun bagus la tu. Sapa cakap kalau menangis tu tak bagus?



Sapa yang ajar kalau dah besar tak boleh nangis?


Kesian habuk-habuk kat mata tu tak boleh nak keluar.



Malu?


Kenapa malu nak menangis?


Kalau sendawa tengah orang ramai tak malu pulak





Ingat ALLAH ciptakan perasaan dan airmata ni sia-sia ke?



Tak patut betul kamu-kamu yang melawan fitrah ni



Menyeksa diri sendiri.





Cuba hidup dengan fitrah.


Dan berlapang dada.




Boleh?








Sunday, January 8, 2012

Anak.






http://www.youtube.com/watch?v=NvbVfUNKEWA



Sinis.


Perasan tak?


Entry saya kebelakangan ni agak sinis.


Tak perasan?




Tapi saya perasan.



Saya menulis dengan sinis



Bukan dengan hati



Sebab tu tak manis.






Saturday, January 7, 2012

Lesen.


Salam sejahtera ke atas kamu dan sekalian alam.


Hari Khamis lepas saya ke JPJ, atau nama penuhnya Jabatan Pengangkutan Jalan. Pergi ke JPJ untuk membeli ayam KFC, snack plate.



Percaya?



Eloklah kalau tak percaya.




Saya pergi renew lesen kereta. Sebagai pemegang lesen kereta tegar tapi-bawak-kereta-tak-pandai, saya baru perasan lesen kereta saya dah tamat bulan 9 tahun lepas. Maka dengan itu menapaklah saya ke JPJ berdekatan.


Dan tahukah kamu sekarang ni tarikh mati lesen adalah tarikh lahir kita? Jadi tarikh mati lesen saya tahun depan 31hb Januari.


Menarik juga idea terbabit.



Selain tempet renew lesen dan sewaktu dengannya, mungkin JPJ boleh bukak kaunter jual kek sekali. Ataupun taukey-taukey kedai kek dah boleh rangka strategi bahawa tempat paling strategik untuk bukak kedai kek adalah bersebelahan dengan JPJ. Sebab kalau orang pergi renew lesen hari-hari tu maka hari-hari sepanjang tahun kedai tersebut akan untung.


Pastu yang kerja kat kaunter JPJ selain cakap terima kasih, dia kena stanbai jugak ucap 'Selamat hari lahir dan semoga dimurahkan lagi rejeki bla bla bla'



Pastu boleh jadi juga orang akan bertemu jodoh di JPJ

Contohnya..sambil-sambil tengah tunggu angka giliran tiba tiba nak bersembang dengan orang kat sebelah,


'Renew lesen?' - Mamat tu tanya

' A'ah ' - Minah tu jawab

' Mesti hari ni hari lahir awak kan? Selamat Hari Lahir' - Mamat tu lagi

'A'ahkan..mesti hari ni pun hari lahir awak. Selamat Hari Lahir kat awak jugak' - Minah tu senyum simpul-simpul

'Erm, sempena hari lahir kita apa kata lepas ni kita pegi minum sama-sama, makan kek ke' - Pelawa mamat tu


Senyum kumit-kumit sambil mengganguk - Minah tersebut.


Haaa, pastu tukar tukar numbor, pastu tengok-tengok serasi sebab perangai lebih kurang sama sebab lahir tarikh sama




Haa lagi satu, florist pun boleh bukak kedai sebelah bangunan JPJ.









Tuesday, January 3, 2012

Kuning.



Kuku jari tangan saya tiba-tiba jadi kuning.


Sebelah kanan.



Kenapa jadi macam tu?



Itu tanda-tanda penyakit apa?




Saya dah agak




Must be sumting wrong  goes sumwhere



Mungkin dah tiba masa.



Mungkin saya dah perlu bersedia.





Saya minta maaf pada semua.


Pada salah dan silap saya.







Tapi..agak-agak kamu kenapa kuku jari saya berubah sampai jadi kuning macam tu? Terutama kat hujung jari?




Itu tanda-tanda apa?








Tapi, saya rasa saya tahu






Itu tanda





Tanda..








Tu tanda saya basuh tangan tak cuci. Makan malam tadi saya makan nasi putih dengan ayam goreng masak kunyit. Entah berapa gelen kunyit la makcik kedai tu taruk dalam resepi tu.




Ngaaa






Haha..saspen tak?



Gelak la..gelak la.




Kakakakatak






Tak nak?




Okey.


Tapi tak bosan ke asyik serius je?



Cuba senyum sikit.






Tak, senyum banyakkkk.


Macam ni ------->    ^____________________________________^





harharhar



Monday, January 2, 2012

Sedar.


Salam sejahtera ke atas kamu dan sekelian alam.


Masa senggang selama tiga hari adalah masa yang agak ngam untuk mengecas bateri dan menyediakan stok bekalan untuk setahun. Saya suka 71 jam yang lepas. Spark yang telah dicetuskan awal hijrah lalu memberi impak yang baik untuk permulaan masihi. Lebih teratur dan tersusun dengan bahagianya.


Terngiang-ngiang kata seorang fasilitator kem yang pernah saya hadiri. Bercakap mengenai perwatakan dan manusia. Seorang yang dapat membaca perwatakan daripada tandatangan individu. Kami diberi kertas dan diminta tandatangan. Sorang-sorang dibaca perangai dan perwatakan bila disuakan kertas yang siap ditandatangan.


Sampai giliran saya, saya suakan. Fasilitator tu berkata 'Daripada tandatangan awak, jelas awak seorang yang mementingkan kesempurnaan'


'Haa?' Waktu tu memang rahang saya jatuh ke bawah. Terlopong.


Saya gelak dan menafikan 'Tak lah, tak langsung'



Sebab saya seorang yang sengal dan kaki redah. Macam mana saya boleh jatuh kategori yang mementingkan kesempurnaan bila keluar rilek je baju oren dengan tudung pink? Macam mana jadi sempurna jika bilik macam tongkang pecah hari-hari?


' Betul, awak seorang yang mementingkan kesempurnaan' ulang fasilitator tu lagi. 'Contohnya, awak ni jenis yang takkan masak walau tak cukup satu barang. Kalau nak masak sesuatu menu, kalau tak cukup bawang ke perencah ke awak takkan masak'


Tapi bila fasilitator tu bagi contoh tu, saya terus gelak dan angguk laju-laju. Betul. Betul..ngaa


Tapi alasan bukan sebab saya nak sempurna, tapi sebab saya tak pandai masak. Dah la tak pandai, masak tak ikut resepi, dah terang-terang tak sedap.



Tak gitu? Memang la nak kena cukup perencah bawang semua bagai. Dak?



Kira nak sempurna ke tu?






Tapi tu dulu. Lama-lama saya mengakui dalam diam. Memang itulah saya.



Bukan ke nak makanan tu jadi sedap dikira sempurna? Bila masak sedap baru sempurna. Tak sempurna kalau tak sedap. Dak?




Dalam menjalani hidup seharian, kadang kadang saya tak sedar saya amat pentingkan semua itu. Mungkin pada pandangan saya sesuatu perkara itu adalah untuk memenuhi kehendak atau sesuatu. But da fact is..i'll make it happen nicely and accordingly.


Sebelum tidur, saya dah rangka dalam kepala siap-siap untuk esoknya. Dari pagi sampai malam. Nak buat apa, nak jumpa siapa, nak selesaikan apa. Balik kerja nak singgah mana, jumpa siapa, beli apa. Balik rumah nak buat apa, tengok tibi cerita apa, baca buku mana.


Bukan sahaja untuk esoknya, tapi selepasnya punya selepasnya punya hari sekali.



Memang saya pernah pakai baju oren dengan tudung pink, pergi Times Square lagi. Tapi waktu tu saya mencabar diri sendiri buat benda sengal. Dan saya memang bersedia dan merancang hal tu.

Memang bilik saya bersepah. Tapi bersepah pada pandangan saya. Namun masih kelihatan sempurna dengan pemilihan warna perabot, langsir, katil, tilam, cadar dan semua susunatur.







Dah besar panjang baru perasan.


Mungkin jugak ni salah satu petanda saya dah masuk era matang



Erk, era matang ke era dewasa?



Ngaa


Mana-mana boleh.




Dan sebenarnya, saya bukan buat sesuatu sebab kesempurnaan..tapi saya lakukan sesuatu bersebab. Setiap perbuatan mempunyai justifikasi yang akhirnya membawa ke arah kesempurnaan dan kepuasan.

Kadang-kadang kita tak sedar. Minda separa sedar.






Kamu pula macam mana?


Tak pernah fikir?



Okey, fikir sekarang.











Sunday, January 1, 2012

Chenta.


Wa'alaikumussalam.. (bagi yang masuk teratak dengan salam. Yang tak bagi salam dah boleh praktis masukkan dalam list misi tahun baru)



Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan ber'roh' dalam tahun masihi yang baru beralih. Bagai mimpi bangun jam 5 pagi, mandi, solat, ngaji semua bagai siap sarapan dan semua kerja rumah. Permulaan yang hebak sebagai bekal untuk 364 hari yang akan datang.



Dan sekarang saya ngantuk. Sebab saya tak reti tidur tengahari. Tapi saya nak bercerita tentang chenta. Sebab, ingat tak lagi tahun lepas? Saya dah banned chenta untuk diri saya. Saja, cari pasal. Jadi, tahun ni saya nak berchenta. Boleh? Tahun ni akan jadi tahun yang palinggg banyakkkk kasih sayang dan cinta dalam duniaa, aci?



Dan mungkin juga hari-hari saya akan bercerita tentang cinta dan kasih sayang. Sesuai la dengan langsir baru yang bunga-bunga dalam taman kan?


Setuju?





Tapi kan, tadi kan..saya muntah..uwekkk uwekkk uweekk



Tak sempat tadah doa lepas isyak saya cepat-cepat masuk bilik air muntah muntah..ayyokkk tak tahu



Ade ke evening sickness?





Ngaaa



Okey, dah. Jangan fikir bukan-bukan. Memang muntah orang buat, tapi bukan muntah kena buat.



Elok keluar dari jadi sebati dalam diri.







Tahun ni juga saya nak jadi power puff gegurl. Menangkis segala rintangan dan mencapai impian dengan pertolongan dan izin daripada ALLAH S.W.T.





Jadi,



Hidupkan cinta kerana dalam dirimu ada cinta =)