Friday, March 30, 2012

Cakkkk aaaaa...



Cakkkk


Cakkkk


Cakkkkk aa...




Kamu-kamu sehat?






Thursday, March 22, 2012

MAC.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.



Adalah dimaklumkan bahawa bulan ini adalah bulan yang paling hebak. Saya semput. Semua berlaku dengan cepat, laju dan bertindan antara satu sama lain.


Awal bulan hari tu saya balik kampung. Balik berubat. Jumaat malam balik, pagi sabtu sampai kampung. Sampai kampung pagi-pagi keluar dengan mak cari barang dapur. Lepas Asar saya ke rumah ustaz untuk berubat. Ustaz tu ada cakap kat emak, kalau saya tak nak datang, pujuk jugak bawak saya datang sebab sakit saya dah teruk. Tapi petang tu saya rilek je pergi rumah ustaz tu. Takde drama. Saya tak hentak-hentak kaki guling-guling satu rumah tak nak pergi.


Di rumah ustaz, seperti berubat yang sebelum ni. Dia datang. Sepanjang 6 tahun, ustaz ni adalah tempat ketiga saya pergi berubat. Pertama, seorang pengamal perubatan kampung. Kedua, Darussyifa'.  Ketiga ustaz ni, pengamal perubatan islam.


Saya memang sedar setiap kali berubat. Saya tahu apa yang berlaku walaupun bukan saya yang bercakap waktu itu. Saya dalam keadaan normal dan tertib. Dia datang dalam keadaan baik, beristighfar, mengucap, turut membacakan ayat Quran dan selalu mengatakan dia adalah pesuruh ALLAH.



Cumanya, kali ini penemuan yang buat saya terkejut. Yang datang bukanlah lagi orang yang sama sebelum ni. Datang dan memberitahu bahawa yang dulu hanyalah perantara, dia adalah yang sebenarnya. Bila dia kenalkan diri, saya terkesima (ewah ayat..ngaa)


Lepas selesai dengan ustaz, saya balik rumah. Pagi lusa saya balik KL dengan bas, mak tetiba nak ikut saya balik KL. Saya suka cuma saya kesian dengan mak sebab tak dapat cuti dan bawa mak jalan-jalan. Saya memang sibuk di ofis dan ada projek yang nak tender.


Kebetulan adik saya yang bongsu tengah cuti seminggu, dia datang rumah temankan mak. Seminggu tu saya selalu masuk ofis lambat, pergi pasar dengan mak pagi-pagi dan balik ofis cepat. Lepas maghrib/isyak saya bawak mak keluar tengok lampu kat KL..ngaaa.



Hari sabtu 10/3, saya bertolak dari KL balik kampung dengan kereta. Saya bawa Nonisuwara teman dan bergilir bawak kereta dengan saya. Balik kot Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Petang sampai Kuala Terengganu singgah jumpa K'Long. Nonisuwara pun memang nak bergambar kat Pantai Batu Buruk. Malam baru sampai Jerteh.


Hari ahad pagi-pagi kami ke Kuala Terengganu lagi sebab nak cari kain batik sutera kat Pasar Payang. Petang lepas Asar jumpa ustaz. Minggu ni saya balik kampung lagi kerana ada 3 sebab. Satu, tak sampai hati nak bagi mak balik dengan bas, sian mak bosan 7 jam dalam bas. Dua, saya memang nak pergi berubat dengan ustaz. Ustaz nak buang apa yang perlu dibuang. Ketiga sebab Anjelina Joli nikah kat Jeli 12hb tu. Tak sampai hati kalau tak pergi. Anjelina Joli pulak mentang-mentang kawen dengan cekgu, buat majlis nikah time cuti sekolah hari isnin pulak. Lepas tu saya terus naik KL. Pagi isnin tu saya sempat singgah Kota Bharu servis kereta. Sekali balik kampung da cukup 1000km. Habis servis dalam pukul 12.00 tengahari saya terus ke Jeli lalu kot Rantau Panjang, Bukit Bunga semua. Sampai kat Masjid Gemang baru selesai akad nikah. Makan-makan kat rumah pengantin, dalam pukul 4.00 bertolak naik KL. Lalu kot Gerik, Pulau Banding, Kuala Kangsar dan tembus kot highway bagai. Sebab dah petang saya tak berani lalu jalan Gua Musang dan Kuala Lipis. Jalan pun teruk. Esoknya masuk ofis macam biasa.


Kamu ingat lagi Anjelina Joli?




Balik KL, 13-16hb..siang sibuk kerja, malam sibuk teman Erra Pazira buat persiapan untuk kenduri dia pada 17hb. Pergi beli baju malam pertama pun nak saya teman..adeh. 16hb (Jumaat) lepas kerja saya terus ke rumah Erra Pazira kat Sg Merab Luar. Lepas isyak dia nikah. Malam balik lambat tumpang tidur rumah Dayang Nurpaizah dekat Taman Bukit Cheras. Malam tu tak tidur rumah dia, adik beradik dia 10 orang..dia paling bongsu, jadi faham-faham betapa padat dah rumah tu campur sedara mara semua. Pagi esoknya siap-siap pergi rumah Erra Pazira untuk majlis sanding. Tolong-tolong apa yang patut, semua siap saya pulang.


18hb (Ahad)  saya masuk ofis. Projek saya nak tender hujung bulan ni. Saya memang kena masuk ofis buat kerja. Dan minggu ni kerja, saya memang balik lambat sebab minggu depan seminggu saya takda. Takda kat ofis, takda kat KL, takda kat Malaysia. Saya pergi Hong Kong.


Dan hari ni dah 22hb, saya tak buat persiapan apa lagi, packing, beli apa yang patut semua. Lusa flight saya pagi.




Terkejar kejar dan berkejar-kejar. Penat. Dekat ofis pula, saya bukan semata-mata duduk di ofis. Selain mesyuarat dan hal berkaitan, ada juga yang sampingan. Semalam saya ke Morib, uruskan hari keluarga ofis yang akan buat akhir bulan Jun ni. Lepas tu member saya yang tengah buat PhD kat Salford University, Manchester minta tolong edar, kutip dan post questionare kat dia. Kerja kutip questionnare ni bolah tahan jugak mencabar. 40 yang saya pass kat kakitangan kat sini, kali pertama kutip dapat 5 je. Hebak tak? Pastu pergi kutip lagi takde kat tempat la, dah hilang la, kena fotostat balik la, kena tunggu depan mata baru isi la, kalau tak tunggu tak isi-isi. Mana saya ada masa nak buat berkali-kali dan pusing satu bangunan macam ni.


Ex-boss saya masa kerja dengan perunding dulu pulak minta assist student dia yang tengah buat thesis. Nak dapatkan maklumat pasal projek tapi objektif tak clear. Then have to advise, assist and get information for her. Hari tu pulak cari barang-barang yang kawan saya kat Hong Kong kirim, tahu saya nak pergi sana. Hebak beno ngirim halba campur, lada hitam, bunga lawang, rempah sup, ketupat mini segera..kesian orang kempunan, saya tolong belikan. Saya sendiri pun sebelum ni tak pernah beli rempah-rempah ni..ngaa. Siap kirim shampoo la, minyak rambut Brylcream la. Mencabar jugak cari barangan laki ni. Lepas tu Sopia Jinn minta tolong beli pencuci muka Nutrimetics pulak pastu nak pass kat dia satu hal. Pastu duk kilik pencuci muka dia tu ke sana ke mari. Dia nya pulak duk Subang. Memang hebak. Pastu nak jumpa kat KL Sentral time lunch hour. Saya lunch hour pun tak sempat makan, nak keluar berkejar ke KL Sentral memang tak. Kimora pulak nak pinjam buku pasal hibah dengan Nonisuwara, dah berapa kali remind  Nonisuwara lupa pass, last-last dia dah pergi kursus kat Kuantan. Buku tu Kimora nak guna untuk buat assingment nak kena submit..atoiii. Ni tak campur cerita family yang belakang tabir lagi ni.





Kadang-kadang saya terfikir..saya ni banyak hidup untuk orang daripada hidup untuk diri sendiri.








Saya penat. Penat orang sakit. Sakit yang takda ubat kat Hospital. Penat orang abnormal.







Tuesday, March 13, 2012

Kamu.



Saya rasa saya akan tinggalkan ruangan ni.


Buat seketika.


Mungkin duatigaketika


Mungkin duatigalapanbelasketika.





Saya okey-okey sahaja.


Cuma saya tak nak layankan perasaan lagi.


Sini adalah tempat perkongsian.


Tapi yang sakit. Yang perit.



Tahukah kamu bila saya tak menulis itu maksudnya saya bahagia jalani hidup?


Jadi, jangan bimbang.




Selagi saya tak update kat sini makanya saya bahagia di luar sana.



Saya sedang cuba memahami dunia dengan pandangan dan perspektif yang berbeza.





Kamu pun harus buat perkara yang sama.


Dunia ini terlalu luas, terlalu lapang, terlalu istimewa untuk jalani hidup dengan perkara yang sia-sia dan menyusutkan minda. Cuba pandang ke arah yang berbeza, dengan hati yang lapang, dengan gelas yang kosong. Biar kita selalu menjadi lembah supaya dapat menadah air tadahan. Menadah ilmu dan rezeki. Dan apabila kita berjalan, biarlah kita membawa muatan gandum, gula dan beras. Muatan yang apabila berlanggar dan bertaburan memberi rezeki kepada orang lain dan bukan lori yang membawa muatan najis yang memudaratkan orang sekeliling.




















Jangan pernah kecewa dengan hidup. Sentiasa bangun dan bertabahlah. Kamu mampu lakukan. Sangat mampu. Percayalah.





suterasuci.2010@gmail.com

Friday, March 9, 2012

Balik.



Esok pagi-pagi saya bertolak balik kampung.


Balik berubat. Lagi.



Saya memang dah tekad, jadi saya kena berusaha.


Kalau saya perlu balik tiap-tiap minggu,


Saya akan balik.









Doakan saya.

Terima kasih.


Monday, March 5, 2012

Singkat.


Ba sim mim alif lam lam ha alif lam ra ha mim nun alif lam ra ha ya mim



Jumaat malam saya balik kampung. Pagi sabtu subuh-subuh shapie saya sampai kampung. Ahad pagi saya kembali ke KL.


Saya memang balik sekejap. Balik semata-mata untuk berubat.



Tapi ni bukan kali pertama saya berubat. Kamu kamu pun tahu kan?



Sebelum ni saya pernah berubat di Darussyifa' dan dengan Dato' Haron Din sekali.


Cuma kali ni berlainan, sebab saya tekad dan saya dah bersedia.


Dah lama saya biarkan perkara ini. Sekarang adalah masanya.











Saya dapat rasakan, masa saya singkat. Mak ikut saya balik KL. Saya suka. Saya tahu masa saya dengan mak terhad. Tapi saya tak boleh menangis depan mak. Sebelum ni saya boleh menangis sorang-sorang dalam bilik, atas tikar sejadah, atas tilam.


Tapi bila mak dekat, saya tak boleh buat mak nampak dan bimbang.



Sampai masa saya akan diambil.








Saya kena kuat semangat kan?



Thursday, March 1, 2012

Kijang Putih.



Saya sakit.



Dan saya rasa kamu-kamu  pun tahu saya sakit



Sakit yang sukar nak cari ubat.


Ubat yang takda kat Hospital, takda kat Klinik


Sakit yang susah nak cerita kat orang.






Hari tu saya terdetik nak hubungi kawan.



Kawan yang berkawan atas kawan di alam yang lain.



Kami bertemu di alam realiti 6 tahun lepas.



Sekali bertemu dan saya terus jauhkan diri.



Baru-baru ni saya terdetik untuk hubungi dia. Dia masih lagi single macam saya (erk, penting ke fakta ni? ngaa)



Saya hubungi sebab saya nak tahu apa yang sebenarnya berlaku 6 tahun yang lepas. Saya memang lambat. Dah basi semua bagai baru la nak amek tahu. Tak pun dulu saya sombong. Takpun dulu saya koya bagus. Takpun dulu, saya tak nak terima hakikat.




Dan hujung minggu ni saya balik kampung.



Balik kampung dengan bas



Kereta saya peram dulu kat KL (fakta penting bagitau kereta baru da dapat)




Saya tahu saya perlukan penawar.


Dan saya akan cari jawapan