Berani hidup, mesti berani mati. Takut mati, jangan hidup. Hidup sekali, hiduplah penuh erti..
Wednesday, January 18, 2012
Mata.
Semalam saya pergi buat facial.
Hobi jugak ni. Cuba banyak-banyak tempat. Setakat ni saya tak jumpa lagi tempat yang saya suka dengan khidmat dan harga yang berpatutan.
Jadi, semalam saya cuba buat facial kat Herbaline.
Sampai-sampai, beutician kat situ brif tentang produk dan teknik yang dia akan pakai.
Brif punye brif, saya tanya punya tanya, tetiba beutician tu tanya saya
'Kenapa dengan mata awak?'
Saya sengih dan rilek jawab 'Eyebag eh?'
Sejak menangis juga jadi hobi yang bakal bertukar jadi tabiat tak lama lagi saya sangat maklum tentang hal tersebut.
'Tak, bukan eyebag tapi lingkaran hitam dekat mata. Macam mata panda' jelas beutician tu
'Akak ada boifren?' beutician tu tanya lagi
Erk, saya dah tergelak dan tanya 'Apa kaitan boifren dengan mata panda?'
'Takdela, akak boleh buat treatment untuk kurangkan. Nanti boifren akak tengok mata akak cantik'
Waktu tu saya dah gelak golek guling-guling
Apa kaitan?
Ada saya kesah.
Mata saya tak perlu buat treatment, dah semulajadi chantek..ngaa
Lepas saya gelak ha ha ha
Saya balas,
'Saya ingat awak nak cakap mata keliling saya gelap sebab tak cukup tidur gayut dengan boifren, tapi lain pulak'
Budak tu pulak sengih. Terer betul dia tarik pelanggan untuk buat treatment. Bijak.
Nasib saya tak balas ' A'ah, memang mata saya macam mata panda. Tapi bukan tak cukup tidur gayut dengan boifren, tapi sebab bangun malam solat tahajud'..ngaaa
*********
A'ah, satu lagi..alhamdulillah, rusuk kiri saya dah okey.
Dah kurang sakit, tak macam dulu.
Nak tahu macam mana berkurang?
Hujung minggu hari tu saya tukar cadar, macam biasa.
Masa nak jangkau hujung katil yang sebelah dalam, saya terai jugak capai guna tangan sebelah kiri walaupun sakit dan tak berkudrat. Tangan kanan tak sampai.
Masa saya terai dalam kepayahan, tetiba bunyi 'krakkkkkk pap'
Memang sakit yang amat. Sangat sakit.
Terduduk dan tergolek jugak la kejap.
Tapi lepas tu lega. Tulang dah okey balik ke tempat asal.
Alhamdulillah
Kalau tau macam tu, tiap-tiap hari saya tukar cadar..ngaa
Saya dah usaha macam macam, berurut, letak minyak, telan ubat semua tak jalan.
Tukar cadar jugak yang jalan
Kun fa yakun
Alhamdulillah
Batuk pun sekarang dah makin berkurang
Tapi sepanjang umur saya, sakit kali ni sakit yang lain macam dan masa senggang yang ada tapi tak mampu berbuat apa-apa selain tidur dan bangun banyak buat saya berfikir.
Mengimbau dan berfikir.
Kebenaran demi kebenaran.
Peluang demi peluang.
Alhamdulillah dan terima kasih pada yang mendoakan saya.
^__^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
moga sihat sihat selalu...
Post a Comment