Friday, January 20, 2012

Sarapan.



Selamat pagi jumaat.



Pagi tadi saya sarapan roti canai.


Dengan member-member satu ofis dan makan satu meja.



Erra Pazira, Nonisuwara (ingat lagi kat depa-depa ni?) dan Nurul bukan Ajai.


Habis makan nak pergi bayar tetiba abang cashier tu cakap 'Dah ada orang bayarkan'



Ngaaa




Sape..sape..sape?



Pertama kali dalam hidup ni makan-makan, nak pergi bayar tapi dah ada orang bayarkan.




Erra Pazira tanya,


' Lelaki ke perempuan yang bayarkan?'



' Lelaki' abang tu jawab.



Ngaaa




Saya dah senyum-senyum. Eksaited katakang. Mana tau kot-kot secret admirer.




Erra Pazira tanya lagi,


' Lelaki yang makan dekat meja mana satu?'



' Yang duduk meja hujung sana' jawab abang tu sambil menunjukkan tempat kejadian.



Erra Pazira dah sengih-sengih.



Saya tanya, 'Sape? Sape? Hensem tak?'



Sambil jalan Erra Pazira sengih dan kata 'Korang nak tahu ke? Tak payah la, nanti kechiwa'



'Ala bagitau la, bagitau la' jawab saya dengan eksaited.



' Yang duduk kat meja hujung tadi En Usop' balas Erra Pazira



'Alaaaaaaaaaaaaaa, En Usop ke? Aishhh..kenapa En Usop yang jadi orang pertama dalam hidup tolong bayarkan makanan dengan senyap-senyap ni..' balas saya tertekangg



En Usop tu bos bahagian kami dah ada anak lapan dan beruban.




Nurul bukan Ajai dan Nonisuwara dah gelak-gelak



Saya pun gelak jugak. Gelakkan diri sendiri..ngaaa






********




A'ah..malam ni saya balik kampung. Macam biasa dengan driber, abang bas.


Erm, esok saya akan berjumpa dengan bakal mak dan bakal yang datang merisik tanya-tanya hari tu.


Datang berjumpa muka.


Saya tak rase gedebar pun..cane?






Tapi,


Erm, kamu-kamu doakan yang terbaik untuk saya eh?




Terima kasih.






Dan saya juga berharap saya tak buat perangai...lagi.


Suka eksaited lebih-lebih tapi bila semua dah depan mata, menolak dan ignore.


Dan juga saya berharap agar lelaki ini mempunyai ubat pada segala penyakit sengal yang saya ada.









Selamat bercuti buat kamu-kamu,

No comments: