Wednesday, November 30, 2011

Emas.


Dua tiga hari ni saya agak sibuk. Sibuk mengkaji dan menganalisa pelaburan emas secara syariat.



Gile hebak je bunyinya.



Memang saya akui hebak.



Lagi hebak dari perhimpunan agung UMNO.











Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal



Saturday, November 26, 2011

Hidup.




' Life is too short to be ordinary person' 
- Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. 24/11/11. TIMA.






Rasullah saw bersabda ' Sesungguhnya ALLAH SWT dan para Malaikat, serta semua makhluk di langit dan bumi, sampai semut-semut di lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) mendoakan kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan (ilmu agama) kepada manusia'

(HR. Tirmidzi dari Abu Umamah Al-Bahili) 








Jadilah lori yang membawa muatan beras, sekiranya terbalik..ada kebaikan kepada orang sekeliling. Janganlah menjadi lori yang membawa muatan najis.








Hari terakhir 1432H,

Wednesday, November 23, 2011

Rajin.


Ada perkara yang buat saya tak berapa gemor dalam dunia.



Tabiat saya.


Dah jadi habitat dah jugak rasanya.




Menulis aka meraban.




Ni saya tak nak mula menulis.



Rasa maca addicted. Hobi gamaknya jugak.



Sekarang dah rasa rajin dan macam nak menulis dalam blog setiap sejam.




Boleh?









Kalau bagitau tak boleh pun, saya nak tulis jugak.


Tuesday, November 22, 2011

Cinta.


Saya rasa saya nak bercinta.



Kamu kamu nak bercinta dengan saya tak?


Nak?





Boleh.



Boleh.








Tapi masuk meminang dulu.











Nota lutut : Agak-agak Fadhli Shas nak bercinta dengan saya tak?

Monday, November 21, 2011

Hakim.


Saya ada anak sedara baru. Anak sedara baru yang diberi nama Nashrul Hakim oleh ibunya merangkap kakak saya yang sulong. Merangkap adik kepada Nashrul Hadi yang nakal.


Saya pernah bercerita yang saya cuti lama masa raya puasa dulu sebab nak jaga anak sedara baru. Tapi akak saya lambat bersalin dari due date dan ditambah oleh Hakim yang ditahan kat wad selama seminggu sebab demam panas, jadi saya tak sempat nak jaga dia. 1st day bersalin saja saya sempat tengok Hakim.


Kemudian saya kembali ke KL jalani hidup selaku perantau tegar untuk mencari rejeki yang halal. Hari makan hari makan minggu Mak saya dan K'long bercerita Hakim selalu menangis. Dari dalam pantang sampai habis pantang semua bagai, nangis tak berhenti-henti.


Saya buat rilek sebab biasa la budak menangis. Tapi bila adik bongsu saya balik sini after cuti sem, dia bercerita Hakim nangis memang tak berhenti. Asal bukak mata menangis. Diam tika tidur je. Susu susah nak hisap. Siap pegi klinik bagai doktor cakap takda apa-apa penyakit, tapi perut sampai naik kembung dan keras sebab menangis tak berhenti.


Saya terus terdetik, ni bukan menangis biasa ni. Ni jatuh kategori nangis luar biasa. Pasti gangguan. Balik raya haji baru-baru ni saya jumpa Hakim. Mata asek tengok ke atas, menangis siap kaki sampai terketar-ketar. Air mata tak keluar. Menangis ketakutan. Tidur malam susah. Berjaga siang malam.


Mak dan kakak saya memang ada bawak berubat. Berubat kampung. Dah jumpa 6-7 orang tapi still sama. Kalau dia nangis, baca macam-macam ayat Al-Quran, tapi still menangis dengan kuat. Dia celik mata saya terus bimbang, tak sanggup tengok dia menangis.


Hari tu, saya ikut Mak bawak dia berubat. Jawapan yang sama macam sebelum-sebelum ni jumpa. Hamba ALLAH yang sama. Orang dekat. Yang dengki. Dengki dari dulu.


Dulu-dulu saya tak kisah sangat dia buat macam mana sekalipun.


Tapi sekarang dah over, main kasar. Sangat kasar. Dengan budak yang baru nak kenal dunia. Dari hari lahir sampai nak masuk dua bulan dia ganggu.


Saya tak boleh terima. Saya dukung Hakim sambil mata bergenang, tak sanggup tengok dia menangis meronta-ronta. Saya buat sembahyang hajat, doa untuk dia, baca ayat suci kat buaian sampai dia tidur.


Sampai la berubat dengan pakcik ni. Pakcik yang biasa ubatkan mak sebelum ni. Bila Hakim dah elok, baru saya balik KL.


Alhamdulillah, sampai hari ni K'long cakap Hakim dah okey..tak menangis macam dulu.




Tapi,




Bila saya keseorangan, saya terfikir balik. Kenapa ada hamba ALLAH kategori busuk hati yang dengki dengan orang. Apa masalah dia. Kenapa hidup dalam kesesatan macam tu. Bela macam-macam. Ganggu semua orang.

Saya ingat masa Hakim nangis kuat-kuat, panggil nama dia 'Nashrul Hakim, Nashrul Hakimmm tengok Che Jaaa ni jangan nangis. Hakim kan laki. Hakim kena kuat. Kalau dia datang ganggu cakap kat dia. Lama dah ke hidup? Tak takut dengan ALLAH ke? Tak takut ke mati nanti bumi tak nak terima?


Hakim diam bila saya cakap macam tu. Duk kejap pastu nangis balik. Saya ni bercakap sambil tahan sebak.








Saya tak boleh terima.



Selama ni saya selalu tenangkan semua orang, 'takpe takpe jangan jadi hati busuk macam dia jugak, biar ALLAH sahaja yang balas'


Tapi bila benda ni berlaku dekat Hakim. Saya betul-betul tak sanggup dan tak sampai hati. Siapa lagi selepas ni yang kena? Ahli keluarga, lepas satu satu.




Saya boleh jadi pendendam jika saya mahu.







Wednesday, November 16, 2011

Hidup untuk Orang.


Hidup ini kita memerlukan orang lain.


Orang lain di sekeliling.


Orang untuk ditolong dan orang untuk menolong.



Supaya kita mempunyai alasan untuk terus hidup.








Monday, November 14, 2011

Haji.

Pagi ini terang. Burung turut berkicauan riang. Langit cemerlang.


Kaki ku langkah bersilang sambil nyanyi lagu gelang si paku gelang. Pintu manual Lembaga Tabung Haji ku tolak dengan penuh kasih sayang.


'Saya nak daftar Haji' - ujar seorang minah sambil sengih-sengih kerang.


Abang kaunter dengan muka berimang senyum dan menyemak buku. Lalu mencetak sesuatu dan mengunjukkan sehelai kertas berwarna pink yang dipegang.



LEMBAGA TABUNG HAJI

TAHUN PERUNTUKAN TUNAI HAJI  1463 HIJRAH/2042 MASIHI


NAMA : Minah Saiko.

NO. DAFTAR HAJI : 0701111114104956A








Suka hati. Walaupun bila dicongak kembali, umur 58 tahun baru dapat.


Takpe, janji daftar dulu. Ye dak?




Kamu-kamu dah daftar?


Kalau simpanan dah lebih RM 1300.10 dalam akaun, dah boleh daftar.


Jom pegi sekali.






Jumpa kat sana.






Tuesday, November 1, 2011

Patah Dua.


Saya dah tak nak berhutang.


Saya baru patah dua-kan Visa Maybankard.




Misi, langsaikan hutang yang mana ada.








Hidup ini tak lama.