Berani hidup, mesti berani mati. Takut mati, jangan hidup. Hidup sekali, hiduplah penuh erti..
Tuesday, May 8, 2012
Angau.
Saya rasa saya sedang angau.
Tapi saya nak bercerita ke mana saya menghilang. Last saya update 16hb April. Okey, hari kerja agak sibuk minggu tersebut. Hari sabtu konon saya nak meronggeng dengan Nonisuwara dan Dayang Nurpaizah. Nak pegi kedai dobi. Menarik tak pilihan tempat kami untuk meronggeng? ngaa
Nak pegi kedai dobi budak ofis yang dia baru bukak. Tak baru jugak, cuma saya masih tak berkesempatan nak pegi jalan-jalan tengok bagi sokongan moral. Tapi planned kami berubah apabila housemate Dayang Nurpaizah yang jugak officemate kami kehilangan ayah yang tersayang. Petang tu kami ke Ipoh melawat. Selesai melawat kami terus bertolak balik. Malam dalam pukul 1 pagi lebih singgah rumah Nani Khusairy (adik kepada Beto Khusairy- cerita benar) kat Kuala Kubu Bharu tido dan melepaskan penat. Pagi esoknya baru bertolak balik KL. Sampai rumah tengahari basuh-basuh baju semua bagai sebab dah tak jadi ke kedai dobi..hehe
Isnin sampai jumaat saya tak masuk ofis, ada bengkel kat luar. Hari sabtu, 28hb pagi-pagi saya terima panggilan dari mak bagitau bapa sedara saya meninggal kat Kg. Kebetulan adik saya yang tengah belajar kat Johor pun nak balik jugak, saya tunggu dia naik KL pastu kami bergerak dengan kereta saya (ewah). Lepas maghrib kami bertolak. Bagi settle BERSIH dulu..ngaa. Pastu singgah Kuantan amek adik saya sorang lagi dekat rumah abang saya. Abang saya tak boleh balik sebab ada urusang. Hari isnin saya EL. Selasa naik KL.
Rabu sampai jumaat sambung berbengkel. Penat yang amat. Brainstorm sampai sudah. Hari khamis malam kawan saya dari Kuantan datang, ada mesyuarat kat sini. Malam dia ajak keluar pegi rumah kawan kat Kg Batu Muda. Sesat jugak la saya malam tu kejap. Tukang bagi direction, failed. Bagi direction ikut Jalan Ipoh tapi sebenarnya direction tu untuk guna Jalan Sentul. Memang rasa nak lipat-lipat orang jugak la malam tu..hehe. Saya ni dah la tak berapa expert lagi bawak kereta.
Hari sabtu baru-baru ni kawan ajak keluar. Ingat nak duk rumah rehat. Tapi dah lama jugak tak keluar dengan mereka. Adik saya pun ada datang rumah. Pagi-pagi lepas subuh pegi Tasik Titiwangsa, jogging. Adik saya yang beria ajak. Saya ikut je bagi menebus balik salah saya yang curi-curi baca mesej dia malam tu..ha ha. Adeh, budak-budak bila bercinta. Tengahari pegi KLCC tengok wayang dan makan-makan dengan kawan-kawan lama. Kawan masa sekolah menengah dulu. Angkut adik saya sekali. Lepas tu pegi tengok adik laki saya ada jual bundle kat area KLCC, belakang Pelita Nasi Kandar. Beria bena dia dengan kawan-kawan dia dari JB turun KL. Menarik jugak, ramai lelaki hensem..ngaa. Pastu yang lagi hebak, K'Long telefon bagitau on the way naik KL. Naik saje jalan-jalan kebetulan semalam dia dah stayed kat Cherating. Malam keluar dengan K'Long makan-makan. Anak sedara saya tu mak ai, tak larat nak kejar berlari aje keje..Hadi oh Hadi..hehe. K'Long stayed semalam dengan husband dan anak-anak dia kat hotel. Esoknya balik KT.
Ahadnya, hebak lepas subuh pukul 10 baru bangun. ha ha. Pastu mandi breakfast semua tengok kartun. Pastu terlelap lagi. ha ha. Memang hebak. Penat dua tiga minggu gabung. Lepas zohor saya pegi hantar adik saya balik ke asasi dekat PJ. Exam dia dah habis cuma dia ade portfolio presentation yang tak habis lagi.
Petang lepas Asar saya pegi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Saya ingat saya dah tak sempat dah pegi tahun ni. Alhamdulillah, sempat jugak. Sebelum pegi saya dah niat, nak pegi jalan-jalan kecuali jumpa buku yang terhebak baru saya beli. Sebab yang tahun lepas pun tak habis baca lagi..ngaa.
Hebak tak sebab saya balik melenggang tanpa apa-apa beg plastik? Hebak kam? Hebak kam? Awak kagum tak? Saya pun kagum dengan diri sendiri..ha ha
Percaya ke?
Memanglah tanpa beg plastik sebab saya dah buat masuk dalam henbag. har har..adeh
Saya ada terbeli jugak, tapi saya klasifikasikan sebagai souvenier..buah tangan. Dua buah buku kecik yang tak sampai RM 20 hengget.
Pastu kan, pastu kan..awak nak tahu satu cerita tak? yang tang angau ni..hik hik
Tapi cam dah panjang beno.. lain kali je lah cerita
Kisah saya dan dia..ewahhhhh
TUNGUUUU......
Saje je sebenarnya cerita yang lain panjang-panjang. Yang tajuk sebenar cerita lain kali..hehe. Kwang kwangg Peace!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
penuh jadual aktiviti kamu ya.
owh,pameran PWTC ya aku juga ada di sana =)
Assalamualaikum rakan darjah 1 dulu...
Salam
Pisau Belati ~ Tak berapa penuh. Mungkin kita ada bermain mata bersama cuma tak tahu sapa.
Waqheh ~ Waalaikumussalam ketua kelas
Post a Comment