Tuesday, May 22, 2012

Angau II

Salam..


Apa khabar?

Maafkan saya arakian mengambil masa yang lama untuk menyambung cerita. Tengah angau katakang...ngaa


Virus angau ini telah mengeluarkan simptom simptom yang lagi kronik dari senyum kumit-kumit berikutan apabila saya cuba untuk bercerita di sini saya akan mula malu-malu kesipuan dan jari jemari mula segan untuk menari-nari arakian tersimpul-simpul menunggu saat disarungkan cincin..huk huk
(alasan semata..ha ha)




Okey, semua tu tiada kena mengena. Cukup cukup sudah..hehe


Yang sebetulnya saya tidak mempunyai masa untuk bercerita walaupun laptop memang ada dengan saya dan di depan mata. Masa saya yang agak sempit dan bertambah sempit bila terpaksa meluangkan masa dengan orang lain..hik hik


Awak nak tahu satu cerita tak? Saya nak sambung cerita ni..tapi awak-awak baca nanti jangan geli ketiak pulak ye..



Hari akhir yang saya pergi Pesta Buku bersamaan 6 Mei 2012 yang lepas, sebelum ke Pesta Buku saya hantar adik kat asasi UIA kat PJ. Saya ingat terus nak ke PWTC. Tapi bila tengok jalan jem dan kereta bersusun mengarah ke PWTC, saya batalkan niat dan nak balik rumah dulu. Pas solat Asar baru nak pergi Pesta buku dengan LRT je.


Jam 4.00 petang sementara menunggu Asar saya membuka laptop dan Yahoo Messenger yang telah berkurun tak bukak. Tiba-tiba saya ditegur oleh kawan lama yang tak kenal muka. Kawan alam maya.



Tung tang tung tang tung tang..dia tanya buat apa. Saya cakap nak tuggu Asar pastu nak pergi Pesta Buku, hari ni hari akhir. Pastu dia beria nak ikut dan jumpa kat sana.


Saya macam, erk hebaknya..sebelum ni dah berkurun bertahun nama dia ada dalam list, endah tak endah. Saya pun endah tak endah jugak. Sebab bukan selalu online. Arakian saya seorang yang baikhati dan bersangka baik, maka kami bertukar no telefon bila dia minta dan dia terus telefon janji dalam pukul berapa jumpa kat sana.


Waktu tu saya memang bersuci hati dan tak fikir apa-apa. Lagipun jumpa kat Pesta Buku, bukan jumpa kat Pusat Karaoke..ngaa


Sampai Pesta Buku saya pusing-pusing cari buku yang saya berkenan. Tak lama lepas tu dalam pukul 6 lebih dia telefon dah nak sampai. Saya tanya, nak jumpa kat mana..awak ada nak pusing-pusing cari buku tak?


Dia rilek jawab, 'Tak..saya tak nak cari buku..saya nak cari awak. Nak jumpa awak'



Sengal.



Dan sememangnya dia seorang yang sengal.


Lepas tak jumpa buku yang saya berkenan, saya cakap okey kita jumpa kat The Mall yang kini dah bertukar nama Sunway Putra Mall. Kami minum-minum dan sembang-sembang.


Dan saya dah cop dia sengal dewa bila first time kami jumpa ayat yang keluar kat mulut dia ' Dah lama ke awak tak basuh baju, siap bersawang'..ha ha pastu dia gelak


Dalam hati saya waktu tu..okey, fine. Dia ni nak badi sape paling sengal memang buku bertemu ruas la..hehe


Hari tu saya pakai t-shirt ada gambar sesawang kat depan baju. Nampak mcm ganas tapi ade manik-manik..argh, korang imagine la macam mana rupa, takde makna saya nak upload gambar kat sini..hehe


Sembang-sembang lepas tu kami solat dan entah macam mana gaya bagai dah kenal lama, teman dia cari kemeja, neck tie, wallet semua bagai untuk dia. Mungkin sebab dia sengal dan adalah diri dia, saya jadi selesa dan tak kekok.


Saya dengan dia tak jauh beza dan lebih kurang sama karektor. Dia tinggi sikit dari saya, sama kurus..dia lagi kurus kot..ngaa. Hidung saya mancung sederhana, hidung dia mancung lagi, suka bercakap, bercerita dan berlawak. Saya yang banyak cakap ni pun jadi tak bercakap sebab tak sempat nak menyelit.


Lepas tu main teka-teka umur, main teka-teka asal negeri mana, main teka teka kerja apa. Sebelum hantar saya balik dia belanja saya makan sebab teman dia beli barang. Sepanjang makan dia tak berhenti bercerita. Bercerita tentang dia, tentang kerja, tentang keluarga.


Macam kawan lama dah tak jumpa.


Lepas hantar saya balik dia mesej terima kasih sudi keluar dengan dia dan tanya lain kali kalau nak jumpa lagi boleh?


Waktu tu saya dah golek guling-guling suka..ngaa



Kamu-kamu kan tahu saya susah nak suka dengan orang. Tapi dengan dia semua dipermudahkan. Benda-benda yang saya tak pernah buat seperti sesuka hati bagi nombor telefon dengan orang tak kenal, jumpa siap boleh teman dia beli barang-barang dia. Benda yang tak pernah saya buat sebelum ni.


Saya balas, 'Boleh je..next time turn saya pulak belanja, awak dah belanja saya tadi. Dia terus balas 'Esok boleh?'..ha ha dia gelak pastu


Memang sengal.


Malam lusanya kami keluar lagi. Saya keluar dengan Kimora buat teman. Dia keluar dengan kawan dia buat teman sebab kami keluar dah agak lambat, dalam pukul 10. Bersembang macam dah takde esok.


Balik dia hantar mesej, 'Awak nanti tidur mimpi saya tau sebab saya putera raja awak..'




Macam kartun kan?


Memang kami dua-dua dah macam kartun. Padahal dua-dua dah besar panjang.




Teka dia kerja apa?



Ustaz.


Ustaz rock.









1 comment:

HAdira Kifly said...

ada je ustaz rock.
ada jugak mamat rock tapi jiwang bila dengan orang yg dia sayang je.

aku dah jumpe orang mcm tu. hehe
:)

Nice kan tengah angau.