Tuesday, May 22, 2012

Angau II

Salam..


Apa khabar?

Maafkan saya arakian mengambil masa yang lama untuk menyambung cerita. Tengah angau katakang...ngaa


Virus angau ini telah mengeluarkan simptom simptom yang lagi kronik dari senyum kumit-kumit berikutan apabila saya cuba untuk bercerita di sini saya akan mula malu-malu kesipuan dan jari jemari mula segan untuk menari-nari arakian tersimpul-simpul menunggu saat disarungkan cincin..huk huk
(alasan semata..ha ha)




Okey, semua tu tiada kena mengena. Cukup cukup sudah..hehe


Yang sebetulnya saya tidak mempunyai masa untuk bercerita walaupun laptop memang ada dengan saya dan di depan mata. Masa saya yang agak sempit dan bertambah sempit bila terpaksa meluangkan masa dengan orang lain..hik hik


Awak nak tahu satu cerita tak? Saya nak sambung cerita ni..tapi awak-awak baca nanti jangan geli ketiak pulak ye..



Hari akhir yang saya pergi Pesta Buku bersamaan 6 Mei 2012 yang lepas, sebelum ke Pesta Buku saya hantar adik kat asasi UIA kat PJ. Saya ingat terus nak ke PWTC. Tapi bila tengok jalan jem dan kereta bersusun mengarah ke PWTC, saya batalkan niat dan nak balik rumah dulu. Pas solat Asar baru nak pergi Pesta buku dengan LRT je.


Jam 4.00 petang sementara menunggu Asar saya membuka laptop dan Yahoo Messenger yang telah berkurun tak bukak. Tiba-tiba saya ditegur oleh kawan lama yang tak kenal muka. Kawan alam maya.



Tung tang tung tang tung tang..dia tanya buat apa. Saya cakap nak tuggu Asar pastu nak pergi Pesta Buku, hari ni hari akhir. Pastu dia beria nak ikut dan jumpa kat sana.


Saya macam, erk hebaknya..sebelum ni dah berkurun bertahun nama dia ada dalam list, endah tak endah. Saya pun endah tak endah jugak. Sebab bukan selalu online. Arakian saya seorang yang baikhati dan bersangka baik, maka kami bertukar no telefon bila dia minta dan dia terus telefon janji dalam pukul berapa jumpa kat sana.


Waktu tu saya memang bersuci hati dan tak fikir apa-apa. Lagipun jumpa kat Pesta Buku, bukan jumpa kat Pusat Karaoke..ngaa


Sampai Pesta Buku saya pusing-pusing cari buku yang saya berkenan. Tak lama lepas tu dalam pukul 6 lebih dia telefon dah nak sampai. Saya tanya, nak jumpa kat mana..awak ada nak pusing-pusing cari buku tak?


Dia rilek jawab, 'Tak..saya tak nak cari buku..saya nak cari awak. Nak jumpa awak'



Sengal.



Dan sememangnya dia seorang yang sengal.


Lepas tak jumpa buku yang saya berkenan, saya cakap okey kita jumpa kat The Mall yang kini dah bertukar nama Sunway Putra Mall. Kami minum-minum dan sembang-sembang.


Dan saya dah cop dia sengal dewa bila first time kami jumpa ayat yang keluar kat mulut dia ' Dah lama ke awak tak basuh baju, siap bersawang'..ha ha pastu dia gelak


Dalam hati saya waktu tu..okey, fine. Dia ni nak badi sape paling sengal memang buku bertemu ruas la..hehe


Hari tu saya pakai t-shirt ada gambar sesawang kat depan baju. Nampak mcm ganas tapi ade manik-manik..argh, korang imagine la macam mana rupa, takde makna saya nak upload gambar kat sini..hehe


Sembang-sembang lepas tu kami solat dan entah macam mana gaya bagai dah kenal lama, teman dia cari kemeja, neck tie, wallet semua bagai untuk dia. Mungkin sebab dia sengal dan adalah diri dia, saya jadi selesa dan tak kekok.


Saya dengan dia tak jauh beza dan lebih kurang sama karektor. Dia tinggi sikit dari saya, sama kurus..dia lagi kurus kot..ngaa. Hidung saya mancung sederhana, hidung dia mancung lagi, suka bercakap, bercerita dan berlawak. Saya yang banyak cakap ni pun jadi tak bercakap sebab tak sempat nak menyelit.


Lepas tu main teka-teka umur, main teka-teka asal negeri mana, main teka teka kerja apa. Sebelum hantar saya balik dia belanja saya makan sebab teman dia beli barang. Sepanjang makan dia tak berhenti bercerita. Bercerita tentang dia, tentang kerja, tentang keluarga.


Macam kawan lama dah tak jumpa.


Lepas hantar saya balik dia mesej terima kasih sudi keluar dengan dia dan tanya lain kali kalau nak jumpa lagi boleh?


Waktu tu saya dah golek guling-guling suka..ngaa



Kamu-kamu kan tahu saya susah nak suka dengan orang. Tapi dengan dia semua dipermudahkan. Benda-benda yang saya tak pernah buat seperti sesuka hati bagi nombor telefon dengan orang tak kenal, jumpa siap boleh teman dia beli barang-barang dia. Benda yang tak pernah saya buat sebelum ni.


Saya balas, 'Boleh je..next time turn saya pulak belanja, awak dah belanja saya tadi. Dia terus balas 'Esok boleh?'..ha ha dia gelak pastu


Memang sengal.


Malam lusanya kami keluar lagi. Saya keluar dengan Kimora buat teman. Dia keluar dengan kawan dia buat teman sebab kami keluar dah agak lambat, dalam pukul 10. Bersembang macam dah takde esok.


Balik dia hantar mesej, 'Awak nanti tidur mimpi saya tau sebab saya putera raja awak..'




Macam kartun kan?


Memang kami dua-dua dah macam kartun. Padahal dua-dua dah besar panjang.




Teka dia kerja apa?



Ustaz.


Ustaz rock.









Tuesday, May 8, 2012

Angau.



Saya rasa saya sedang angau.


Tapi saya nak bercerita ke mana saya menghilang. Last saya update 16hb April. Okey, hari kerja agak sibuk minggu tersebut. Hari sabtu konon saya nak meronggeng dengan Nonisuwara dan Dayang Nurpaizah. Nak pegi kedai dobi. Menarik tak pilihan tempat kami untuk meronggeng? ngaa


Nak pegi kedai dobi budak ofis yang dia baru bukak. Tak baru jugak, cuma saya masih tak berkesempatan nak pegi jalan-jalan tengok bagi sokongan moral. Tapi planned kami berubah apabila housemate Dayang Nurpaizah yang jugak officemate kami kehilangan ayah yang tersayang. Petang tu kami ke Ipoh melawat. Selesai melawat kami terus bertolak balik. Malam dalam pukul 1 pagi lebih singgah rumah Nani Khusairy (adik kepada Beto Khusairy- cerita benar) kat Kuala Kubu Bharu tido dan melepaskan penat. Pagi esoknya baru bertolak balik KL. Sampai rumah tengahari basuh-basuh baju semua bagai sebab dah tak jadi ke kedai dobi..hehe


Isnin sampai jumaat saya tak masuk ofis, ada bengkel kat luar. Hari sabtu, 28hb pagi-pagi saya terima panggilan dari mak bagitau bapa sedara saya meninggal kat Kg. Kebetulan adik saya yang tengah belajar kat Johor pun nak balik jugak, saya tunggu dia naik KL pastu kami bergerak dengan kereta saya (ewah). Lepas maghrib kami bertolak. Bagi settle BERSIH dulu..ngaa. Pastu singgah Kuantan amek adik saya sorang lagi dekat rumah abang saya. Abang saya tak boleh balik sebab ada urusang. Hari isnin saya EL. Selasa naik KL.


Rabu sampai jumaat sambung berbengkel. Penat yang amat. Brainstorm sampai sudah. Hari khamis malam kawan saya dari Kuantan datang, ada mesyuarat kat sini. Malam dia ajak keluar pegi rumah kawan kat Kg Batu Muda. Sesat jugak la saya malam tu kejap. Tukang bagi direction, failed. Bagi direction ikut Jalan Ipoh tapi sebenarnya direction tu untuk guna Jalan Sentul. Memang rasa nak lipat-lipat orang jugak la malam tu..hehe. Saya ni dah la tak berapa expert lagi bawak kereta.


Hari sabtu baru-baru ni kawan ajak keluar. Ingat nak duk rumah rehat. Tapi dah lama jugak tak keluar dengan mereka. Adik saya pun ada datang rumah. Pagi-pagi lepas subuh pegi Tasik Titiwangsa, jogging. Adik saya yang beria ajak. Saya ikut je bagi menebus balik salah saya yang curi-curi baca mesej dia malam tu..ha ha. Adeh, budak-budak bila bercinta. Tengahari pegi KLCC tengok wayang dan makan-makan dengan kawan-kawan lama. Kawan masa sekolah menengah dulu. Angkut adik saya sekali. Lepas tu pegi tengok adik laki saya ada jual bundle kat area KLCC, belakang Pelita Nasi Kandar. Beria bena dia dengan kawan-kawan dia dari JB turun KL. Menarik jugak, ramai lelaki hensem..ngaa. Pastu yang lagi hebak, K'Long telefon bagitau on the way naik KL. Naik saje jalan-jalan kebetulan semalam dia dah stayed kat Cherating. Malam keluar dengan K'Long makan-makan. Anak sedara saya tu mak ai, tak larat nak kejar berlari aje keje..Hadi oh Hadi..hehe. K'Long stayed semalam dengan husband dan anak-anak dia kat hotel. Esoknya balik KT.


Ahadnya, hebak lepas subuh pukul 10 baru bangun. ha ha. Pastu mandi breakfast semua tengok kartun. Pastu terlelap lagi. ha ha. Memang hebak. Penat dua tiga minggu gabung. Lepas zohor saya pegi hantar adik saya balik ke asasi dekat PJ. Exam dia dah habis cuma dia ade portfolio presentation yang tak habis lagi.


Petang lepas Asar saya pegi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Saya ingat saya dah tak sempat dah pegi tahun ni. Alhamdulillah, sempat jugak. Sebelum pegi saya dah niat, nak pegi jalan-jalan kecuali jumpa buku yang terhebak baru saya beli. Sebab yang tahun lepas pun tak habis baca lagi..ngaa.


Hebak tak sebab saya balik melenggang tanpa apa-apa beg plastik? Hebak kam? Hebak kam? Awak kagum tak? Saya pun kagum dengan diri sendiri..ha ha



Percaya ke?



Memanglah tanpa beg plastik sebab saya dah buat masuk dalam henbag. har har..adeh


Saya ada terbeli jugak, tapi saya klasifikasikan sebagai souvenier..buah tangan. Dua buah buku kecik yang tak sampai RM 20 hengget.


Pastu kan, pastu kan..awak nak tahu satu cerita tak? yang tang angau ni..hik hik



Tapi cam dah panjang beno.. lain kali je lah cerita



Kisah saya dan dia..ewahhhhh




TUNGUUUU......








Saje je sebenarnya cerita yang lain panjang-panjang. Yang tajuk sebenar cerita lain kali..hehe. Kwang kwangg Peace!






Friday, May 4, 2012

Dapat.


Assalamualaikum..


Apa khabar semua? Lama bena saya tak masuk sini. Maafkan saya. Kesibukan luar biasa yang melanda. Ewah. Gurau je, tak luar biasa sangat, tak sempat je.


Rindu saya tak?


Tak?


Okey, fine. Saje je tanya walaupun dah tahu jawapan..ngaaa




Saya dah dapat laptop saya balik. Yey!



Lepas ni boleh saya selalu selalu kat sini


Yey lagi! yey!



Opss..lupa, pasal travelog tu acah je. Mana la saya layak dan mampu nak menulis perkara sebegitu..




Oraite, nanti saya update lagi dan bercerita ke mana saya menghilang.



Si-yu-sun...hek hek. Paham dak? Si-yu-sun? kakakatak!