Monday, March 5, 2012

Singkat.


Ba sim mim alif lam lam ha alif lam ra ha mim nun alif lam ra ha ya mim



Jumaat malam saya balik kampung. Pagi sabtu subuh-subuh shapie saya sampai kampung. Ahad pagi saya kembali ke KL.


Saya memang balik sekejap. Balik semata-mata untuk berubat.



Tapi ni bukan kali pertama saya berubat. Kamu kamu pun tahu kan?



Sebelum ni saya pernah berubat di Darussyifa' dan dengan Dato' Haron Din sekali.


Cuma kali ni berlainan, sebab saya tekad dan saya dah bersedia.


Dah lama saya biarkan perkara ini. Sekarang adalah masanya.











Saya dapat rasakan, masa saya singkat. Mak ikut saya balik KL. Saya suka. Saya tahu masa saya dengan mak terhad. Tapi saya tak boleh menangis depan mak. Sebelum ni saya boleh menangis sorang-sorang dalam bilik, atas tikar sejadah, atas tilam.


Tapi bila mak dekat, saya tak boleh buat mak nampak dan bimbang.



Sampai masa saya akan diambil.








Saya kena kuat semangat kan?



4 comments:

karatz said...

selamat berubat.Allah sentiasa bersama kamu.

semoga kesihatan selalu untuk demo.chaiyok2 dari gua


-fan k-pop-

sadis said...

syafakallah ...
huruf ra di muqadimah xckp satu ... hehe

AzwanRamli said...

La takhaf wala tahzan Innallahamaana...

Sutera_suci said...

Karatz ~ Sejak bila jadi fan k-pop? M-pop tak?


Sadis ~ Terima kasih tegur. Syafakallah tu amenda?


AR~ Ni sorang lagi. Saya tak reti bahasa arab. Cer kabo maksud..
Salam perkenalan.