Saturday, February 18, 2012

Banyak.


Alif sin lam alif mim 'ain lam ya kaf mim..



Apa khabar? Harap semua dan segalanya sehat.



Saya ada banyak cerita.



Jadi, hari ni saya nak ambil sedikit masa untuk bercerita.




PLAT.


Sempena hari lahir sendiri baru-baru ni saya belikan kereta untuk diri sendiri. Sebelum ni hari lahir, saya hadiahkan eskrem je kat diri sendiri. Dah tua-tua baru mampu nak hadiahkan kereta. Walaupun saya masih kecut-kecut perut nak bawak kereta, tapi saya tekad kali ni.


Pilih-pilih no plat kereta, sekarang WWH. Sesuai, sebab nama penuh saya bermula dengan huruf H. Dan nombor kegemaran semestinya mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. 36. Nombor 36 adalah kegemaran arwah ayah.

Arwah dulu kalau pilih nombor atau tukar kereta berapa kali pun, no belakang mesti 36 . TV 3836, TAC 3336. Sama macam no handphone jugak. Jadi no handphone saya pun belakang berakhir dengan 36.


Saya pernah tanya arwah ayah dulu 'Ayoh, ayoh..bakpe ayoh suka no tiga puloh nang?'


Ayah saya orang berniaga, jadi dia ada pandangan sendiri pasal nombor.


Arwah ayah rilek jawab ' Tiga, Nang. Lega, Senang'




Jadi, masa pilih no plat kereta. Saya terai nak amek WWH 6336, 3636 atau 1236 *beli tahun 2012, 36 tu nombor ayah.


Masa saya cakap dengan dealer tu, dia cakap no kapit memang kena tender. Lagipun masa hari saya bincang dengan dia, JPJ dah keluar WWH 4000 ke atas. Agak kechiwa. Waktu tu saya tak plan no lain.


Saya cakap saya fikir dulu, nanti saya bagitau balik. Malam lepas solat, saya pergi tambah semua ayat dalam Al-Quran. Saya ingat-ingat lupa. Yang saya ingat ada 30 juzuk, 114 surah. Bilangan ayat lupa. Semangat waja jugak la saya pergi tambah dari Al-Fatihah, 7 ayat, Al Baqarah 286 Ayat sehingga surah An-Nas.


Dapat-dapat semua 6236 ayat.


Rasa bersyukur sangat. Kebetulan kat belakang tu dapat nombor 36 yang saya nak. Ada rasa macam nak golek guling-guling satu KL jugak la sukahati.


Saya terus mesej dealer mintak dia belikan no WWH 6236.



Esoknya.......


Dah petang dealer tu called cakap dah ade orang amek nombor tu. Kecewa betul. Saya rasa nak pegi cari je orang yang beli tu. Nak berebut pun ada jugak rasanya. Down betul.



Untuk mengelakkan saya kecewa sekali lagi, lepas tu saya pergi sendiri JPJ cari no.



Akhirnya saya dapat no WWJ 736. Pakcik kaunter JPJ yang jaga no giliran tolong belikan..har har.


Lepas tu saya hadiahkan kain pelikat kat pakcik tu sebab dapat nombor yang saya nak. Pakcik tu sangat baikhati.




Jadi, nanti-nanti kalau kamu nampak kereta no plat tersebut atas jalan jangan lupa hon 3 kali. Tapi jangan pegi cium bontot kereta saya pulak, kamu buat macam tu siapla. Saya cium kamu betul-betul..ngaaa




Kenapa WWJ 736?


J tu sebab nama panggilan manja saya. Joe-nama manja masa sekolah menengah, Jak-nama manja masa sekolah rendah dan Jaa -nama panggilan manja saya kat rumah.


36 no ayah, 7 bilangan anak saya nak..har har





TUKAR.


Saya nak tukar balik kerja kat Terengganu. Dekat dengan mak. Nak berbakti dengan mak. Memang sekarang ni pun duk jauh berbakti jugak. Tapi ni saya nak berbakti stok celah ketiak dan agak-agak bukak mata je tengok mak.


Dah lima tahun saya kerja kat Key Ell ni. Nak cakap ada pakwe kat sini, tak dapat-dapat jugak. Nak cakap ada bisnes juta-juta kat sini, takde jugak. Nak cakap tapi takde apa nak cakap, jadi elok saya balik negeri halaman. Mana tau dah balik negeri halaman nanti banyakk pulak saya nak cakap. Anak pun banyak-banyak boleh cakap..har har


Saya telefon mak cakap nak balik kerja kat sana. Mak memang eksaited. Pastu saya pesan kat adik yang tengah belajar kat UTM, tahun ni final year dia 'Pie, pie nak abes belaja doh. Nanti Pie cari kerja kat KL, jaga adik Nurul (bongsu tengah asasi UIA). Hari tu kak jaga Pie, ni Pie jaga adik pulok deh'

Baik punye ayat saya bagi. Dia gelak. Teringat kisah lama la tu.



Kamu-kamu ingat?



Saya pernah cerita adik saya yang tak nak datang Sek Men Sains Alam Shah dulu-dulu tu. Ingat tak? Siap saya balik kampung tanya dan pujuk dia. Pastu dia cakap konon-konon kalau semua budak pandai pergi sekolah pandai, nanti sape yang nak naikkan nama sekolah biasa-biasa ni.

Padahal dia tak nak datang sebab takde sedara mara kat KL ni pastu saya janji dengan dia, saya cari kerja kat KL. Ingat?


Tak ingat sudah..ngaa



Lepas tu, esoknya saya pergi bahagian pentadbiran nak tanya ada kosong tak kat Terengganu. Tanya punya tanya, takda kosong kat Terengganu. Ada kosong cuma kat Selangor, Negeri Sembilan dan Penang. Jauh beno lagi. Jadi, saya kena isi borang, masuk waiting list dan nanti ada kosong baru dapat pindah sana.



Bai bai Key Ell!





DEMAM


Hari tu saya demam. Demam lagi. Saya ingat tahun ni dah takde demam-demam ni. Cuti Thaipusam dan Maulidur Rasul hari tu saya balik kampung. Lagi. Pastu on da wei nak datang KL saya demam. Pastu ada la orang ni tanya bila tengok muka sememek tak larat saya. Saya cakap la, saya memang selalu demam. Tahun lepas hampir setiap bulan saya demam. Ingat tahun ni dah takde demam-demam ni, tapi sama jugak.


Pastu orang ni gelak-gelak pastu cakap 'Biasanya, kalau demam-demam selalu ni nak jadi tok bomoh..ha ha'


Dalam hati saya waktu tu cakap kelaka nya kelaka nya..sambil jeling hampir nak terbalik saya pun cakap kat dia 'Abes, kalau dah jadi tok bomoh nanti tak demam la?'


Sabau je la. Fakta daripada mana pun tak tau la dia cekau. Tak pernah dengar. Suka-suka hati dia je.


Kamu pernah dengar?





Erk, dah pukul 5.30 petang. Saya ada satu cerita lagi nak cerita pasal tidur. Tapi dah tak sempat. Saya kat ofis. Hari ni saya masuk ofis. Kebelakangan ni memang banyak kerja. Ni saya cuba menaip dengan sepantas cahaya..ewah. Saya masuk dalam pukul 10 pagi tadi. Jap lagi solat, dalam pukul 6 nanti saya balik.


Esok saya nak ke Kuala Selangor, member ajak teman pegi tengok baju pengantin. Jauh beno nak pi tengok baju pengantin. Tapi takpe, saya memang suka jalan-jalan ni..ngaa.



Okey, nanti-nanti sembang lagi. Kalau berkesempatan.


InsyaALLAH..







Kalau rindukan saya, doakan abang Bank Islam tegur dan ajak saya dating ye..har har







Alif sin lam alif mim 'ain lam ya kaf mim..




1 comment:

AzwanRamli said...

Fuh....no.plat kereta pom ade makna...Betol2 teliti dgn kehidupan...Nice one...