Monday, February 27, 2012

ABI


Hari itu


Dia II mesej. Setelah lama tak mengirimkan apa-apa khabar. Dia II yang kita letak nama panggilan sebagai Siput. Siput ini adalah lelaki yang pertama dalam hidup saya yang boleh saya labelkan hero. Sebab apa saya labelkan hero? Itu biarlah menjadi rahsia..ngaaa


Tapi jangan salah anggap dengan panggilan nama tersebut. Awal perkenalan dia perkenalkan diri sebagai 'C'. Masa saya bercerita kat K'Long yang sibuk duk bertanya, saya bagitau mamat tu bagitau nama dia 'C'. K'Long terus laju, 'Si?' 'Siput?'..ha ha K'long gelak dan nama tu terus lekat.



Siput ni adalah seorang yang sangat sibuk. Mengalahkan YB. Dalam setahun kami berjumpa sekali dan bermesej boleh di kira dengan jari. Padahal dia kat KL ni jugak. Tapi saya tak kisah, kami hanya kawan.


Pada hari itu, Siput tanya..'Awak bila nak kawen?' Saya balas 'Saya ni tunggu orang masuk minang je pastu kira jadi'. Dia balas lagi, 'Mana boleh macam tu, takkan awak takde minat kat sapa-sapa. Nanti kalau yang masuk tu awak tak suka macam mana?' Saya balas, 'Ada. Ada minat. Kalau yang masuk tu saya tak suka, saya tolak la..ha ha' balas saya sengal. Dia balas dan bertanya 'Siapa awak minat?'



Waktu tu nak je tangan sengal saya ni balas 'Awaklah' ngaa. Secara perasannya, saya tahu Siput suka kat saya. Suka pada pandang pertama. Dan dia bukan lelaki pertama yang jatuh hati pada pertama kali pandang. Tapi dia merupakan lelaki pertama yang berani, datang mengejar dan meminta no telefon dalam kepekatan malam.


Namun, saya berlaku jujur pada diri sendiri lalu saya balas 'Abang bank bangunan sebelah ofis'.



Lama baru dia balas 'Awak betul-betul suka kat dia?'




Waktu tu saya dah gelak guling-guling. Haaa, tau kecut.




Dah abes kat sini pasal Siput.




Tapi, saya hairan.



Sangat hairan.



Abang Bank Islam ni.



Kenapa saya terlalu kemaruk sangat dengan dia.


Saya jarang kemaruk macam ni kat lelaki.


Kadang-kadang bila difikirkan balik, saya rasa Abang Bank Islam ni pakai ilmu..ngaa.



Sebab tu saya yang tak berapa nak suka dekat lelaki dan yang sejenis dengan dia ni, boleh teringat-ingat dekat dia.




Tadi saya terserempak dengan dia masa sarapan.


Lalu terlahirlah entry ni.



Pandangan dia selalu memberi maksud.



Tapi jangan main tarik tali boleh tak?



Kalau suka, datang tegur boleh?



Kalau duk usha macam tu bila nak bergerak




Stop standing there and please move on..



Give ourselves a chance..












Wednesday, February 22, 2012

Banyak II.

Alif sim kaf ya mim nun




Tidur


Saya mempunyai masalah tidur.Macam selalu-selalu. Hari itu saya tidak dapat tidur. Saya masuk bilik jam 10.30 malam mata saya duk kelip pah kelip pah. Jap jap dah pukul 11 lebih, tup tup pukul 12 lebih tup tup dah pukul 1 lebih. Badan saya penat tapi mata saya tak boleh pejam. Dah segenap tilam saya tukar posisi, tapi masih tak dpat lelap. akhirnya saya ke runag tamu, tidur atas kerusi. Saya pun tak sedar, tengok-tengok hari dah pagi. Hari kedua saya sukar nak tidur lagi, tapi badan lagi penat sebab todur lambat, bangun macam biasa siang buat kerja, tapi malam tak dapat lena.

Akhirnya saya nangis. Hebak jugak tips menangis ni. Lepastu saya tak sedar saya tidur pukul berapa. Malam esoknya sambil duk tengok tibi dengan K'Sandra & Kimora, saya pun bersuara.


"Kenapa sutera susah nak tidur eh?' Dah masuk awal awal tapi tak boleh nak tidur

Baca buku lah, cakap K'Sandra

Cane nak baca buku, badan penat. Nak bukak mata tak boleh tapi tak boleh lelap


'Mesti akak banyak fikir ni' jawab Kimora. 'Akak fikir apa?'

'Sutera ada masalah ke? bagitau kami..luahkan..luahkan' balas K'Sandra


Saya dah gelak-gelak. Masalah amendanya. 'Mana ada fikir apa-apa, sutera cuma susah nak tidur je'




Lalu malam tersebut, saya masuk tidur macam biasa. Siap-siap gosok gigi cuci muka semua bagai, lalu saya panjat katil.


Dah sedap-sedap baring, baca ayat qursi, al fatihah dan tiga kul saya pun bersedia nak tidur.


Saya cakap kat diri sendiri, kosongkan fikiran...kosongkan fikiran ..kosongkan fikiran dan tidurr.


Okey, sebelum tidur dah jadi tabiat rancang untuk esoknya.


Lalu saya plan. Esok bangun pagi-pagi, pakai baju yang ni yang itu, pukul 8 ada discussion dengan imran pasal projek dekat penang. Pastu recall semua facts about projek. Kontraktor bina bangunan tak ikut spec, dah keluarkan stop work order, dah cek concrete yang guna, sangat teruk. column alignment pun dah lari.stop work order with caveat, kontraktor tak boleh mula kerja selagi tak lantik checker luar to investigate and find solution to rectify.  8.30 kena jumpa en amran. Lepas tu nak kena keluar t/tangan agreement kereta . lepastu nak kena jumpa boss...bla blaa blaa


pastu saya tersengih.


Erkk...





Saturday, February 18, 2012

Banyak.


Alif sin lam alif mim 'ain lam ya kaf mim..



Apa khabar? Harap semua dan segalanya sehat.



Saya ada banyak cerita.



Jadi, hari ni saya nak ambil sedikit masa untuk bercerita.




PLAT.


Sempena hari lahir sendiri baru-baru ni saya belikan kereta untuk diri sendiri. Sebelum ni hari lahir, saya hadiahkan eskrem je kat diri sendiri. Dah tua-tua baru mampu nak hadiahkan kereta. Walaupun saya masih kecut-kecut perut nak bawak kereta, tapi saya tekad kali ni.


Pilih-pilih no plat kereta, sekarang WWH. Sesuai, sebab nama penuh saya bermula dengan huruf H. Dan nombor kegemaran semestinya mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. 36. Nombor 36 adalah kegemaran arwah ayah.

Arwah dulu kalau pilih nombor atau tukar kereta berapa kali pun, no belakang mesti 36 . TV 3836, TAC 3336. Sama macam no handphone jugak. Jadi no handphone saya pun belakang berakhir dengan 36.


Saya pernah tanya arwah ayah dulu 'Ayoh, ayoh..bakpe ayoh suka no tiga puloh nang?'


Ayah saya orang berniaga, jadi dia ada pandangan sendiri pasal nombor.


Arwah ayah rilek jawab ' Tiga, Nang. Lega, Senang'




Jadi, masa pilih no plat kereta. Saya terai nak amek WWH 6336, 3636 atau 1236 *beli tahun 2012, 36 tu nombor ayah.


Masa saya cakap dengan dealer tu, dia cakap no kapit memang kena tender. Lagipun masa hari saya bincang dengan dia, JPJ dah keluar WWH 4000 ke atas. Agak kechiwa. Waktu tu saya tak plan no lain.


Saya cakap saya fikir dulu, nanti saya bagitau balik. Malam lepas solat, saya pergi tambah semua ayat dalam Al-Quran. Saya ingat-ingat lupa. Yang saya ingat ada 30 juzuk, 114 surah. Bilangan ayat lupa. Semangat waja jugak la saya pergi tambah dari Al-Fatihah, 7 ayat, Al Baqarah 286 Ayat sehingga surah An-Nas.


Dapat-dapat semua 6236 ayat.


Rasa bersyukur sangat. Kebetulan kat belakang tu dapat nombor 36 yang saya nak. Ada rasa macam nak golek guling-guling satu KL jugak la sukahati.


Saya terus mesej dealer mintak dia belikan no WWH 6236.



Esoknya.......


Dah petang dealer tu called cakap dah ade orang amek nombor tu. Kecewa betul. Saya rasa nak pegi cari je orang yang beli tu. Nak berebut pun ada jugak rasanya. Down betul.



Untuk mengelakkan saya kecewa sekali lagi, lepas tu saya pergi sendiri JPJ cari no.



Akhirnya saya dapat no WWJ 736. Pakcik kaunter JPJ yang jaga no giliran tolong belikan..har har.


Lepas tu saya hadiahkan kain pelikat kat pakcik tu sebab dapat nombor yang saya nak. Pakcik tu sangat baikhati.




Jadi, nanti-nanti kalau kamu nampak kereta no plat tersebut atas jalan jangan lupa hon 3 kali. Tapi jangan pegi cium bontot kereta saya pulak, kamu buat macam tu siapla. Saya cium kamu betul-betul..ngaaa




Kenapa WWJ 736?


J tu sebab nama panggilan manja saya. Joe-nama manja masa sekolah menengah, Jak-nama manja masa sekolah rendah dan Jaa -nama panggilan manja saya kat rumah.


36 no ayah, 7 bilangan anak saya nak..har har





TUKAR.


Saya nak tukar balik kerja kat Terengganu. Dekat dengan mak. Nak berbakti dengan mak. Memang sekarang ni pun duk jauh berbakti jugak. Tapi ni saya nak berbakti stok celah ketiak dan agak-agak bukak mata je tengok mak.


Dah lima tahun saya kerja kat Key Ell ni. Nak cakap ada pakwe kat sini, tak dapat-dapat jugak. Nak cakap ada bisnes juta-juta kat sini, takde jugak. Nak cakap tapi takde apa nak cakap, jadi elok saya balik negeri halaman. Mana tau dah balik negeri halaman nanti banyakk pulak saya nak cakap. Anak pun banyak-banyak boleh cakap..har har


Saya telefon mak cakap nak balik kerja kat sana. Mak memang eksaited. Pastu saya pesan kat adik yang tengah belajar kat UTM, tahun ni final year dia 'Pie, pie nak abes belaja doh. Nanti Pie cari kerja kat KL, jaga adik Nurul (bongsu tengah asasi UIA). Hari tu kak jaga Pie, ni Pie jaga adik pulok deh'

Baik punye ayat saya bagi. Dia gelak. Teringat kisah lama la tu.



Kamu-kamu ingat?



Saya pernah cerita adik saya yang tak nak datang Sek Men Sains Alam Shah dulu-dulu tu. Ingat tak? Siap saya balik kampung tanya dan pujuk dia. Pastu dia cakap konon-konon kalau semua budak pandai pergi sekolah pandai, nanti sape yang nak naikkan nama sekolah biasa-biasa ni.

Padahal dia tak nak datang sebab takde sedara mara kat KL ni pastu saya janji dengan dia, saya cari kerja kat KL. Ingat?


Tak ingat sudah..ngaa



Lepas tu, esoknya saya pergi bahagian pentadbiran nak tanya ada kosong tak kat Terengganu. Tanya punya tanya, takda kosong kat Terengganu. Ada kosong cuma kat Selangor, Negeri Sembilan dan Penang. Jauh beno lagi. Jadi, saya kena isi borang, masuk waiting list dan nanti ada kosong baru dapat pindah sana.



Bai bai Key Ell!





DEMAM


Hari tu saya demam. Demam lagi. Saya ingat tahun ni dah takde demam-demam ni. Cuti Thaipusam dan Maulidur Rasul hari tu saya balik kampung. Lagi. Pastu on da wei nak datang KL saya demam. Pastu ada la orang ni tanya bila tengok muka sememek tak larat saya. Saya cakap la, saya memang selalu demam. Tahun lepas hampir setiap bulan saya demam. Ingat tahun ni dah takde demam-demam ni, tapi sama jugak.


Pastu orang ni gelak-gelak pastu cakap 'Biasanya, kalau demam-demam selalu ni nak jadi tok bomoh..ha ha'


Dalam hati saya waktu tu cakap kelaka nya kelaka nya..sambil jeling hampir nak terbalik saya pun cakap kat dia 'Abes, kalau dah jadi tok bomoh nanti tak demam la?'


Sabau je la. Fakta daripada mana pun tak tau la dia cekau. Tak pernah dengar. Suka-suka hati dia je.


Kamu pernah dengar?





Erk, dah pukul 5.30 petang. Saya ada satu cerita lagi nak cerita pasal tidur. Tapi dah tak sempat. Saya kat ofis. Hari ni saya masuk ofis. Kebelakangan ni memang banyak kerja. Ni saya cuba menaip dengan sepantas cahaya..ewah. Saya masuk dalam pukul 10 pagi tadi. Jap lagi solat, dalam pukul 6 nanti saya balik.


Esok saya nak ke Kuala Selangor, member ajak teman pegi tengok baju pengantin. Jauh beno nak pi tengok baju pengantin. Tapi takpe, saya memang suka jalan-jalan ni..ngaa.



Okey, nanti-nanti sembang lagi. Kalau berkesempatan.


InsyaALLAH..







Kalau rindukan saya, doakan abang Bank Islam tegur dan ajak saya dating ye..har har







Alif sin lam alif mim 'ain lam ya kaf mim..




Monday, February 13, 2012

Stop Standing There.


All this talking to you
I don't know where you stand
What's inside of your head
All this thinking of you
Is that what you're doing too
You're always on my mind
I talk about you all the time


Don't waste another day
Don't waste another minute
I can't wait to see your face
Just to show how much I'm in it
So open up your heart
Help me understand
Please tell me who you are
So I can show who am I


You're just standing by
You're just wasting time
Why don't you just tell me the truth
About me and you
And as the time goes by
I hope you realize
If you ask me to
I just might be with you


Stop standing there..standing there
Stop acting like you don't care


Stop being scared..being scared
Stop acting like you don't care..








Sunday, February 12, 2012

Benci.



Hari ni hari Ahad. Masuk ofis, buat kerja.


Bangun pagi tadi saya termenung dan berfikir lama atas tilam.


Saya tak penah rasa macam ni tapi pagi tadi saya bangun saya rasa saya benci pada dunia.


Sebab tu saya datang ofis buat kerja. Ubat pelali paling mujarab bagi saya adalah kerja. Sakit, susah, sedih, kecewa akan hilang dengan sendiri bila mengadap kerja. Saya akan jadi sangat fokus dan akan melupakan apa yang tak perlu saya sesakkan di minda.















Tapi saya sedar, bukan dunia yang saya benci


Tapi diri saya sendiri.







Wednesday, February 8, 2012

Asap.


Berjuraian air hidung.


Air dah tak larat nak keluar kat mata.


Keluar kot hidung pulak.


Aci?




Saya tak suka perokok. I just hate smokers.


Hate sangat-sangat.




Double hate yang suka merokok kat tempat makan

Triple hate yang suka merokok depan budak-budak yang baru belajar nak bernafas

Fourth fifth six seben semua semua hate yang merokok ikut suka hati dia dan tak concern orang sekeliling.






Boleh blah tak?



Ingat bau asap rokok tu macam bau losyen johnson&johnson ke?














Friday, February 3, 2012

Jatuh.


Terlalu banyak kekecewaan



Kesedihan,


Kepedihan,


Kesayuan,




Abaikan


Abaikan..


Masa akan ubati



Siapa saya untuk mempertikaikan segalanya?







Jatuh, bangun lagi


Jatuh, tersungkur, bangun lagi



Jatuh, tersungkur, terluka, biar sembuh sendiri dan bangun lagi


Jatuh, tersungkur, terluka, patah, balut sendiri berehat lama dan bangun lagi



Jatuh, tersungkur, terluka, patah, koma



Bangun, bangun dan bangun lagi teruskan dalam kepayahan










'Sesungguhnya bersama-sama kesulitan itu ada kemudahan'