Salam sejahtera ke atas kamu dan sekalian alam.
Hari Khamis lepas saya ke JPJ, atau nama penuhnya Jabatan Pengangkutan Jalan. Pergi ke JPJ untuk membeli ayam KFC, snack plate.
Percaya?
Eloklah kalau tak percaya.
Saya pergi renew lesen kereta. Sebagai pemegang lesen kereta tegar tapi-bawak-kereta-tak-pandai, saya baru perasan lesen kereta saya dah tamat bulan 9 tahun lepas. Maka dengan itu menapaklah saya ke JPJ berdekatan.
Dan tahukah kamu sekarang ni tarikh mati lesen adalah tarikh lahir kita? Jadi tarikh mati lesen saya tahun depan 31hb Januari.
Menarik juga idea terbabit.
Selain tempet renew lesen dan sewaktu dengannya, mungkin JPJ boleh bukak kaunter jual kek sekali. Ataupun taukey-taukey kedai kek dah boleh rangka strategi bahawa tempat paling strategik untuk bukak kedai kek adalah bersebelahan dengan JPJ. Sebab kalau orang pergi renew lesen hari-hari tu maka hari-hari sepanjang tahun kedai tersebut akan untung.
Pastu yang kerja kat kaunter JPJ selain cakap terima kasih, dia kena stanbai jugak ucap 'Selamat hari lahir dan semoga dimurahkan lagi rejeki bla bla bla'
Pastu boleh jadi juga orang akan bertemu jodoh di JPJ
Contohnya..sambil-sambil tengah tunggu angka giliran tiba tiba nak bersembang dengan orang kat sebelah,
'Renew lesen?' - Mamat tu tanya
' A'ah ' - Minah tu jawab
' Mesti hari ni hari lahir awak kan? Selamat Hari Lahir' - Mamat tu lagi
'A'ahkan..mesti hari ni pun hari lahir awak. Selamat Hari Lahir kat awak jugak' - Minah tu senyum simpul-simpul
'Erm, sempena hari lahir kita apa kata lepas ni kita pegi minum sama-sama, makan kek ke' - Pelawa mamat tu
Senyum kumit-kumit sambil mengganguk - Minah tersebut.
Haaa, pastu tukar tukar numbor, pastu tengok-tengok serasi sebab perangai lebih kurang sama sebab lahir tarikh sama
Haa lagi satu, florist pun boleh bukak kedai sebelah bangunan JPJ.
1 comment:
31 januari ea nnt wish reramai deyh ...
Post a Comment