Monday, January 2, 2012

Sedar.


Salam sejahtera ke atas kamu dan sekelian alam.


Masa senggang selama tiga hari adalah masa yang agak ngam untuk mengecas bateri dan menyediakan stok bekalan untuk setahun. Saya suka 71 jam yang lepas. Spark yang telah dicetuskan awal hijrah lalu memberi impak yang baik untuk permulaan masihi. Lebih teratur dan tersusun dengan bahagianya.


Terngiang-ngiang kata seorang fasilitator kem yang pernah saya hadiri. Bercakap mengenai perwatakan dan manusia. Seorang yang dapat membaca perwatakan daripada tandatangan individu. Kami diberi kertas dan diminta tandatangan. Sorang-sorang dibaca perangai dan perwatakan bila disuakan kertas yang siap ditandatangan.


Sampai giliran saya, saya suakan. Fasilitator tu berkata 'Daripada tandatangan awak, jelas awak seorang yang mementingkan kesempurnaan'


'Haa?' Waktu tu memang rahang saya jatuh ke bawah. Terlopong.


Saya gelak dan menafikan 'Tak lah, tak langsung'



Sebab saya seorang yang sengal dan kaki redah. Macam mana saya boleh jatuh kategori yang mementingkan kesempurnaan bila keluar rilek je baju oren dengan tudung pink? Macam mana jadi sempurna jika bilik macam tongkang pecah hari-hari?


' Betul, awak seorang yang mementingkan kesempurnaan' ulang fasilitator tu lagi. 'Contohnya, awak ni jenis yang takkan masak walau tak cukup satu barang. Kalau nak masak sesuatu menu, kalau tak cukup bawang ke perencah ke awak takkan masak'


Tapi bila fasilitator tu bagi contoh tu, saya terus gelak dan angguk laju-laju. Betul. Betul..ngaa


Tapi alasan bukan sebab saya nak sempurna, tapi sebab saya tak pandai masak. Dah la tak pandai, masak tak ikut resepi, dah terang-terang tak sedap.



Tak gitu? Memang la nak kena cukup perencah bawang semua bagai. Dak?



Kira nak sempurna ke tu?






Tapi tu dulu. Lama-lama saya mengakui dalam diam. Memang itulah saya.



Bukan ke nak makanan tu jadi sedap dikira sempurna? Bila masak sedap baru sempurna. Tak sempurna kalau tak sedap. Dak?




Dalam menjalani hidup seharian, kadang kadang saya tak sedar saya amat pentingkan semua itu. Mungkin pada pandangan saya sesuatu perkara itu adalah untuk memenuhi kehendak atau sesuatu. But da fact is..i'll make it happen nicely and accordingly.


Sebelum tidur, saya dah rangka dalam kepala siap-siap untuk esoknya. Dari pagi sampai malam. Nak buat apa, nak jumpa siapa, nak selesaikan apa. Balik kerja nak singgah mana, jumpa siapa, beli apa. Balik rumah nak buat apa, tengok tibi cerita apa, baca buku mana.


Bukan sahaja untuk esoknya, tapi selepasnya punya selepasnya punya hari sekali.



Memang saya pernah pakai baju oren dengan tudung pink, pergi Times Square lagi. Tapi waktu tu saya mencabar diri sendiri buat benda sengal. Dan saya memang bersedia dan merancang hal tu.

Memang bilik saya bersepah. Tapi bersepah pada pandangan saya. Namun masih kelihatan sempurna dengan pemilihan warna perabot, langsir, katil, tilam, cadar dan semua susunatur.







Dah besar panjang baru perasan.


Mungkin jugak ni salah satu petanda saya dah masuk era matang



Erk, era matang ke era dewasa?



Ngaa


Mana-mana boleh.




Dan sebenarnya, saya bukan buat sesuatu sebab kesempurnaan..tapi saya lakukan sesuatu bersebab. Setiap perbuatan mempunyai justifikasi yang akhirnya membawa ke arah kesempurnaan dan kepuasan.

Kadang-kadang kita tak sedar. Minda separa sedar.






Kamu pula macam mana?


Tak pernah fikir?



Okey, fikir sekarang.











1 comment:

NasQ said...

malas nak fikir...