Thursday, December 15, 2011

Selam.



Hati berat. Fikiran bagai lubang kaset yang tak mahu dipusing ke belakang dengan pensil oleh tuannya yang gilakan lagu sama.


Tak nak ingat, tak nak fikir, tak nak sebut.


Tapi harus dititip untuk tatapan masa depan, atau mungkin bulan depan. Barangkali minggu depan.




Semalam.



Saya membuat sedikit survey pasal pelaburan yang ditawarkan di bank-bank Malaysia. Yang pastinya pelaburan yang berlandaskan hukum syarak.


Dengan menggunakan teknik iqra', saya meneliti maklumat-maklumat yang terdapat dalam pakcik google untuk mendapatkan info berkenaan hal berkaitan. Lalu masuk ke laman web-laman web perbankan. Bila berlandaskan islam, sehubungan itu laman web yang di cari mula-mula tak lain tak bukan..Bank Islam.


Bila buka laman web Bank Islam, maklumat pelaburan yang ada tidak begitu lengkap. Saya  telefon contact center 03-26900900 untuk dapatkan apa yang saya nak tahu. Sebenarnya saya tak perlu bersusah payah sebab cawangan Bank Islam berdekatan tak sampai 5 minit jalan kaki.


Dah jadi hobi dan melekat menjadi tabiat yang bertukar habitat, biasanya saya akan terus ke cawangan bank berkaitan sekiranya saya memerlukan maklumat lanjut. Macam yang sebelum-sebelum ni. Sekiranya maklumat yang saya nak dapatkan dari Maybank, saya akan ke cawangan Maybank berdekatan untuk dapatkan maklumat secara lisan. Kalau CIMB, saya akan ke CIMB. Saya memang rajin untuk ambil tahu perkara yang melibatkan kewangan.

Bukan kerana saya suka duit. Tapi saya suka menguruskan duit.




Tapi..


Tapi saya ada masalah yang agak besar.


Macam mana saya nak dapatkan maklumat yang saya nak kat situ, sebab abam bang islang ada situ.


Nanti saya gemuruh.

Bila saya gemuruh, macam mana saya nak tanya soalan?




Tengahari nak keluar makan dengan K'Emi, saya bagitau K'Emi


'K'Emi, sutera nak gi ngintai kat Bank Islam jap..kalau mamat tu takde sutera nak masuk. Ada urusan.'


'Laa, kalau mamat tu ada pun apa salahnya' Balas K'Emi


'Tak boleh..tak boleh, nanti sutera gugup..gigil gigil cane? balas saya sambil sengih-sengih


'La, bukan dia sorang je kat situ..pegawai lain pun boleh je kalau awok nak tanya' balas K'Emi rilek.


'A'ahkan' saya mengiyakan.



Dah siap-siap makan, saya ke singgah Bank Islam.


Dengan konfidennya saya menolak tombol pintu Bank Islam walaupun mamat tu ada kat depan. Kedudukan meja kerja abam tu memang depan pintu keluar masuk. Tapi, ape ade hal. Saya masuk je.


Sampai kaunter yang pakcik jaga nombor giliran, saya bersuara 'Assalamualaikum. Saya nak tanya pasal investment. Nak kena ambil nombor giliran ke atau macam mana?'


'Oo, Cik nak tanya pasal pelaburan. Tak perlu ambil nombor giliran, boleh jumpa terus dengan pegawai yang incharge kat depan tu. Tapi sekarang dia ada pelanggan, Cik tunggu kejap'


'Kat mana? tanya saya lagi.


'Kat situ' lalu pakcik tu mengunjukkan ke arah abam bang islang


Gurlpp, saya telan air liur.


Tadi saya dah penuh yakin tapi bila pakcik tu tuju kat dia saya tetiba kecut.


'Oo, kalau macam tu takpe. Saya datang lain kali.'


Saya mengelak. Memang tak nak.


'Takpe, Cik duduk dulu.'


'Takpe, lain kali sahaja.' balas saya.


'Takpe, Cik duduk dulu kat depan. Tak pun Cik pegi kat meja yang berhadapan dengan kaunter' balas pakcik tu lagi.


Bersungguh pulak pakcik jaga no giliran ni. Saya tak jadi menolak dan ke meja yang berdekatan  kaunter di belakang. Ada seorang lelaki yang berkemeja kat situ. Pernah terserempak dengan abang ni juga. Semestinya kawan abam bang islang. Pernah nampak dia makan sekali.


Lepas bagi salam saya pun bertanya 'Saya nak tanya investment yang ditawarkan di Bank Islam. Saya ade buka laman web dan tengok ada 4 jenis pelaburan yang ada. General investment, Sakinah investment, ASB Islamic dan Unit Trust. Saya nak tanya berkenaan empat pelaburan ni.'


Abang yang kat meja tu macam terkejut tengok saya datang tanya. Dengan senyuman dia balas ' Oo, kalau pasal investment Cik boleh tanya kat depan. Person incharge in investment' ujar abang tu lalu mengunjukkan ke arah tempat duduk abam bang islang.


Ngaaa..muka saya dah bersemu rasanya waktu tu. Terus naik darah gemuruh sekali. Kenapa? Kenapa semua mesti mengarah ke arah tu? Kenapa bukan dengan orang lain?'


'Tapi dia ada pelanggan. Takpe, saya nak tau briefly sahaja. Encik boleh terangkan?' tanya saya cuba mengelak dengan cara berhemah.


'Tak, Cik kena jumpa yang kat depan tu'  lalu abang tu bangun nak bawa saya ke depan, meja abam bang islang.


Waktu tu saya memang dah cuak.

Gelabah semua pun ada.


Cepat-cepat saya matikan langkah abang tu ' Takpe, takpe..saya datang lain kali. Ofis saya dekat je, lain kali saya datang lagi' lepas ucap terima kasih saya terus laju berjalan ke arah pintu keluar.


Masa saya berpaling dari tempat abang tu, pelanggan yang meja abam bang islang dah bangun dan nak keluar.



Saya lagi cepatkan langkah, pakcik kat kaunter macam bagi signal dan tengok tengok saya, abam bang islang juga dah bangun dari tempat.


Saya rasa macam panjang sangat detik yang hanya memerlukan enam langkah sebelum saya bertemu dengan tombol pintu untuk keluar. Macam waktu di freeze bila abam bang islang yang agak terpinga-pinga tengok seorang minah yang kalut-kalut nak keluar dan pakcik jaga no giliran yang macam nak cakap sesuatu tapi tak terkeluar.



Sutera, keluar cepat! cepat! cepat!  kompang hati saya dengan langkah yang makin dilajukan tanpa memandang kiri kanan.



Keluar saja Bank Islam saya rasa lutut saya dah lemah dan longgar. Kecut, gemuruh, gigil, segan, sengal semua ada.





Sampai ofis saya bersandar dan merenung panjang

Apa masalah aku ni sebenarnya?


Apa yang tengah berlaku kat diri aku sebenarnya ni?


Kenapa tak boleh nak control diri ni?

Boleh tak buat rilek je tanya soalan dan apa yang nak tau?



Bila teringat balik rasa macam nak hantuk kepala kat dinding

Gedengang gedengang gedengangggg!



Pastu nak selam muka dalam air

Blurpp blurpp blurpp


Pastu angkat




Pastu selam lagi

Blurpp burpp blurpppp!




Balik rumah saya nangis.






2 comments:

karatz said...

kekeke..gi je duk depang dia.tanya mende hok nok tau psl investment tu.klu rasa kekok salin soalan dalam nota je.klu gugup senang nak kaver.ye dok?

mula2 ckp psl mnde nok tau tu dulu.klu ade hint dr dia skit2 insyaAllah jadi le.

ape penakut benor!wakakakaka

Sutera_suci said...

Bukang penakut la..kecut perut je! :p