Sunday, October 30, 2011

Naluri.



Dengan tak malunya saya rasa, saya ingin dicintai..


Serius, bukan main-main



Sangat terasa, kebelakangan ni








Di mana kamu?







Friday, October 28, 2011

Quote.




Be neutral. Be rational. Don't live your life for other people lust of power. When the time come to choose, choose the good man. In term of power, both are deceived ~ Uncle Walid, 24 Okt 2011.



The secret of getting ahead is getting started - book.










Sunday, October 23, 2011

Hebak.


Saya rasa mulai hari ni saya nak jadi orang yang hebak.


Betapa banyak masa sudah berlalu dan tahun depan umur saya dah nak menjangkau 28 tahun. Tua. Tua.


Dah umur nak masuk 28, apa pencapaian dalam hidup?

Nak cakap makin tinggi, dah tak tinggi-tinggi dah. Dah mencapai tahap-tinggi-terhenti dah. Nak cakap makin besar, badan saya takat ni jugak. Sebab saya makan untuk hidup, bukan hidup untuk makang.


Aset? Satu habuk pung takde.

Anak? dari dulu tak bertambah-tambah, ada tiga je - anak tekak, anak rambut, dan anak tudung.

Suami? Pung tarak.


Jadi apa yang saya ada?


Simpanan duit riban-riban dalam bank?


Seratus pun tarak.



Abes?



Teruk. Teruk. Teruk.



Jadi mulai saat ini dan tahun depan, saya nak mencapai tahap hebak dalam hidup.



1) Beli kereta/rumah

2) Kahwin

3) Dapat baby

4) Naik pangkat

5) Bercuti obersea dan bonus jika dapat tunai umrah, amin.

6) Zakat dan rumah kebajikan.


Dengan cara, enjoy your life, rileks, plus humble in life..ewahh.


Tak lupa juga INGAT pada mereka yang memerlukan- idol, Tan Sri Mokhtar al-Bukhary.





Pesanan untuk diri sendiri - Sutera, sepanjang hidup kamu dah temui pelbagai lapisan orang dan karenah masyarakat. Jangan sesekali buat-buat lupa pada keluarga, dan pandanglah semua insan dengan mati hati yang dalam. Setiap insan ada kelebihan masing-masing yang tiada pada kamu. Belajar dari masyarakat dan orang sekeliling. Jangan RIAK dan takabur dalam hidup.

Saturday, October 22, 2011

Nikmat.


Setelah bersembang panjang dengan Uncle Walid, nafas lega ku hela panjang.

Uncle Walid memang selalu berjaya membuatkan hatiku lega dan tenang dengan nasihat dan dorongannya.


Kes yang berbulan-bulan bermain di minda, terungkai tidak sampai sejam bila bersembang dengannya.


'Rileks la'


'Enjoy your life'




Two simple sentences dat u'll hear everyday, tapi bila Uncle Walid yang keluarkan perkataan tu rasa macam nak lompat-lompat.


Lagipun hidup untuk dinikmati, bukan untuk diletakkan kesalahan pada siapa-siapa atau apa-apa, isn't it?






Tuesday, October 18, 2011

Jiwa.


Saya yakin tanpa was-was, saya sakit jiwa.

Dulu-dulu saya tak mengaku, sekarang saya yakin dan pasti dengan rela tanpa paksa mengaku syariat ini.


Semenjak saya kaku dan tidak melarikan jari-jari di papan kekunci mesin ini, saya kehilangan tempat untuk mengadu. Tempat untuk menyengal. Tempat untuk meluahkan kata-kata dan rasa.


Hati saya semakin pudar untuk menulis dan berkongsi.



Tapi saya seorang yang suka bercerita dan meluah apa yang saya rasa. Walau tidak dapat secara nyata, saya cuba secara alam maya. Tapi setelah alam maya juga saya gagal meluahkan rasa, saya lama-lama berjiwa-jiwa. Berjiwa-jiwa seorangan. Akibat jiwa-jiwa yang berkeliaran merata dan selalu melanggar dinding antara satu sama lain, saya jadi sakit akibat jiwa-jiwa yang 'overdose' dan lebam ini.




Tapi saya tiada ubat. Ubat untuk meneutralkan kembali jiwa-jiwa yang overdose ni. Saya tak reti menangis untuk lepas dan hamburkan jiwa-jiwa yang tersekat di dinding hati saya. Saya tiada bahu untuk bersandar dan meluahkan apa yang saya rasa. Saya tiada dahan untuk berpaut tika kaki lemah menongkat bumi.


Semua saya perlu telan dan hadam. Walau payah, walau keras, walau pahit, walau liat saya gagahkan rahang untuk mengunyah.




Rileks..rileks..itu kata akal yang sentiasa cuba menenangkan hati.




Tapi jiwa? Sakit. Lagi dan lagi.








*Kes - 44, dia dan dia, jerantut, jinnu.

Monday, October 17, 2011

What Number Are You?



Being in love its about being yourself! :)










LIONEL RICHIE- Three Times A Lady.



Thanks for the times
That you've given me
The memories are all in my mind
And now that we've come
To the end of our rainbow
There's something
I must say out loud
You're once, twice
Three times a lady
Yes you're once twice
Three times a lady
And I love you
When we are together
The moments I cherish
With every beat of my heart
To touch you to hold you
To feel you to need you
There's nothing to keep us apart
You're once twice
Three times a lady
And I love you
I love you




Wednesday, October 12, 2011

Debar.


Rongga dalam dada yang menyimpan sekeping hati tidak berhenti berdegup. Degup dengan getar yang sukar ditafsirkan. Seram sejuk.


Perlu mengawal emosi dan cuba berlagak tenang. Demi masa depan.





Malam ini. Aku dan kamu.







Wednesday, October 5, 2011

Kembali.


Saya rasa saya mahu menulis kembali.


Can i?








Komen untuk YA, jeling sebelah mata untuk TIDAK.


Ngaa