Sunday, October 23, 2011

Hebak.


Saya rasa mulai hari ni saya nak jadi orang yang hebak.


Betapa banyak masa sudah berlalu dan tahun depan umur saya dah nak menjangkau 28 tahun. Tua. Tua.


Dah umur nak masuk 28, apa pencapaian dalam hidup?

Nak cakap makin tinggi, dah tak tinggi-tinggi dah. Dah mencapai tahap-tinggi-terhenti dah. Nak cakap makin besar, badan saya takat ni jugak. Sebab saya makan untuk hidup, bukan hidup untuk makang.


Aset? Satu habuk pung takde.

Anak? dari dulu tak bertambah-tambah, ada tiga je - anak tekak, anak rambut, dan anak tudung.

Suami? Pung tarak.


Jadi apa yang saya ada?


Simpanan duit riban-riban dalam bank?


Seratus pun tarak.



Abes?



Teruk. Teruk. Teruk.



Jadi mulai saat ini dan tahun depan, saya nak mencapai tahap hebak dalam hidup.



1) Beli kereta/rumah

2) Kahwin

3) Dapat baby

4) Naik pangkat

5) Bercuti obersea dan bonus jika dapat tunai umrah, amin.

6) Zakat dan rumah kebajikan.


Dengan cara, enjoy your life, rileks, plus humble in life..ewahh.


Tak lupa juga INGAT pada mereka yang memerlukan- idol, Tan Sri Mokhtar al-Bukhary.





Pesanan untuk diri sendiri - Sutera, sepanjang hidup kamu dah temui pelbagai lapisan orang dan karenah masyarakat. Jangan sesekali buat-buat lupa pada keluarga, dan pandanglah semua insan dengan mati hati yang dalam. Setiap insan ada kelebihan masing-masing yang tiada pada kamu. Belajar dari masyarakat dan orang sekeliling. Jangan RIAK dan takabur dalam hidup.

2 comments:

Hilman Mahyuddin Ghazali said...

ni nak bawa balik ke pangkal jalan, nak pi mana jauh jauh tu? hehehe

Sutera_suci said...

Siyes ni nak tolong bawa balik pangkal jalan?