Saturday, December 10, 2011

Tadi.



Hari  ni saya bangun tengahari.

Sedar-sedar K'Sandra masuk bilik kejut tanya tengahari nak makan apa sambil bebel-bebel ' Anak dara ni lamanya tidurrrr..tak bangun-bangun!'


 ' Dah pukul berapa?' tanya saya sambil sengih-sengih mengeliat culas atas katil.


'Dah pukul 1.00 tengahari la makcikk!' Balas K' Sandra


' Ye ke, nape sutera macam baru dengar azan subuh je tadi'


Bumm! K'sandra baling bantal..haha



Semalam tengah syok-syok layan Bourne Ultimatum tetiba blackout, malas nak pasang lilin dan basuh muka dan gosok gigi semua saya terus panjat katil tidur. Hari cuti dan tengah bercuti memang layan tidur tak sedar.


Bangun-bangun mandi, bukak fesbuk tengok status kawan 'Enjoy ur 20's while it last'


Ngaa


Kan..

Kan..



Saya dah tua sebenarnya



Baru je rasa cuak nak masuk 28 tahun yang tinggal beberapa hari lagi


Baru je rasa nak jadi macek sket


Jadi matang dan tak buat benda benda sengal lagi


Benda benda sengal macam tak makan ubat walau demam dah dua minggu, pastu batuk tak berhenti henti pastu baru nak cari ubat kat farmasi pastu pharmacist ugut-ugut pastu baru gi klinik jumpa doktor. Pastu kalau nak beli apa pakai beli je walaupun semua dah ada. Pastu pastu pastu pastu pastu pastu pastu


Jadi

Saya rasa tahun 2012 ni saya nak jadikan tahun untuk saya menabung dan menyimpan duit. Saya nak saving tanpa habiskan untuk benda tak sepatutnya seperti beli baju beralmari-almari, beli kasut ber rak-rak, beli henbag bergantung-gantung penuh dinding.



Sebab tahun 2013, umur saya dah 29 tahun..saya nak pegi Egpyt. Saya nak melancong ke tempat-tempat saya nak pergi sebelum umur saya masuk 30. Aci?






Kawen bila?





Ntah.





11 comments:

Waqheh said...

ok lg...dah 30 nnt baru bgn awal...anda ada 2thn lg utk bgn kul 1 tgh...don wori

karatz said...

moga2 doa lu diperkenankan.pegi egypt sebelum 30..amiinn

a.samad jaafar said...

wahhh.. dua geng aku ada kat sini rupanya.. hahaha.. wooii..aku tumpang woii..

errr.. aku tgh pikir utk azam 2012 ni.. azam makan lebih kuat ok jgk kot..

Sutera_suci said...

Waqheh ~ Ngaa..lama dah x bangun lambat, hebak pulak rasa hari ni


karatz ~ Jom gi sama nak? tapi tiket lu bayar..ngaa


a.samad jaafar ~ Kamu sapa? Masuk bagi salam tak ni? kenalkan diri tak lebih daripada 50 patah perkataan

karatz said...

kalau kos tak lebih rm100 sorang gua sanggup!

Sutera_suci said...

Dey, balik kampung pun kos lebih rm 100 bohhh!

karatz said...

tu kata.ingat gi egypt mcm nok balik kapong ke..buleh bonus setahun gaji takpe gok..kite tong ahh,su 2 ribu kite 50 ya,aci?

Sutera_suci said...

Jeng gini. Dok rok main tong tong org ribu ribu dia riya riya

karatz said...

harharharhar..klu gitu ejas wi same bnyk..lebih alek kite skit r.kite support makang..wakaka

Pembunuh Tanpa Bayang said...

aku malas mahu memikirkan tentang usia.saban tahun ianya tetap sama.dalam perjalanan membina hidup baru,aku pasti akan melalui fasa kelukaan.dan sungguh itu amat membosankan kadang kala.

rasa loser.

kahwin?

ah,andai sudah jodoh pasti bertemu jua.28 - 29 masih belum tua.mungkin agak terlambat sedikit tapi ini kehidupan yang kita pilih.jika ia yang terbaik,pastu Tuhan bantu.

Sutera_suci said...

PTB ~ Kena fikir, untuk diri sendiri. Fikir tanpa menghukum. Fikir positif. Saya tak pernah rasa saya loser. Kelukaan dah sebati dalam diri. Tanpa luka saya tak mampu berdiri.

Kena tempuh, jangan lari.