Monday, November 21, 2011

Hakim.


Saya ada anak sedara baru. Anak sedara baru yang diberi nama Nashrul Hakim oleh ibunya merangkap kakak saya yang sulong. Merangkap adik kepada Nashrul Hadi yang nakal.


Saya pernah bercerita yang saya cuti lama masa raya puasa dulu sebab nak jaga anak sedara baru. Tapi akak saya lambat bersalin dari due date dan ditambah oleh Hakim yang ditahan kat wad selama seminggu sebab demam panas, jadi saya tak sempat nak jaga dia. 1st day bersalin saja saya sempat tengok Hakim.


Kemudian saya kembali ke KL jalani hidup selaku perantau tegar untuk mencari rejeki yang halal. Hari makan hari makan minggu Mak saya dan K'long bercerita Hakim selalu menangis. Dari dalam pantang sampai habis pantang semua bagai, nangis tak berhenti-henti.


Saya buat rilek sebab biasa la budak menangis. Tapi bila adik bongsu saya balik sini after cuti sem, dia bercerita Hakim nangis memang tak berhenti. Asal bukak mata menangis. Diam tika tidur je. Susu susah nak hisap. Siap pegi klinik bagai doktor cakap takda apa-apa penyakit, tapi perut sampai naik kembung dan keras sebab menangis tak berhenti.


Saya terus terdetik, ni bukan menangis biasa ni. Ni jatuh kategori nangis luar biasa. Pasti gangguan. Balik raya haji baru-baru ni saya jumpa Hakim. Mata asek tengok ke atas, menangis siap kaki sampai terketar-ketar. Air mata tak keluar. Menangis ketakutan. Tidur malam susah. Berjaga siang malam.


Mak dan kakak saya memang ada bawak berubat. Berubat kampung. Dah jumpa 6-7 orang tapi still sama. Kalau dia nangis, baca macam-macam ayat Al-Quran, tapi still menangis dengan kuat. Dia celik mata saya terus bimbang, tak sanggup tengok dia menangis.


Hari tu, saya ikut Mak bawak dia berubat. Jawapan yang sama macam sebelum-sebelum ni jumpa. Hamba ALLAH yang sama. Orang dekat. Yang dengki. Dengki dari dulu.


Dulu-dulu saya tak kisah sangat dia buat macam mana sekalipun.


Tapi sekarang dah over, main kasar. Sangat kasar. Dengan budak yang baru nak kenal dunia. Dari hari lahir sampai nak masuk dua bulan dia ganggu.


Saya tak boleh terima. Saya dukung Hakim sambil mata bergenang, tak sanggup tengok dia menangis meronta-ronta. Saya buat sembahyang hajat, doa untuk dia, baca ayat suci kat buaian sampai dia tidur.


Sampai la berubat dengan pakcik ni. Pakcik yang biasa ubatkan mak sebelum ni. Bila Hakim dah elok, baru saya balik KL.


Alhamdulillah, sampai hari ni K'long cakap Hakim dah okey..tak menangis macam dulu.




Tapi,




Bila saya keseorangan, saya terfikir balik. Kenapa ada hamba ALLAH kategori busuk hati yang dengki dengan orang. Apa masalah dia. Kenapa hidup dalam kesesatan macam tu. Bela macam-macam. Ganggu semua orang.

Saya ingat masa Hakim nangis kuat-kuat, panggil nama dia 'Nashrul Hakim, Nashrul Hakimmm tengok Che Jaaa ni jangan nangis. Hakim kan laki. Hakim kena kuat. Kalau dia datang ganggu cakap kat dia. Lama dah ke hidup? Tak takut dengan ALLAH ke? Tak takut ke mati nanti bumi tak nak terima?


Hakim diam bila saya cakap macam tu. Duk kejap pastu nangis balik. Saya ni bercakap sambil tahan sebak.








Saya tak boleh terima.



Selama ni saya selalu tenangkan semua orang, 'takpe takpe jangan jadi hati busuk macam dia jugak, biar ALLAH sahaja yang balas'


Tapi bila benda ni berlaku dekat Hakim. Saya betul-betul tak sanggup dan tak sampai hati. Siapa lagi selepas ni yang kena? Ahli keluarga, lepas satu satu.




Saya boleh jadi pendendam jika saya mahu.







2 comments:

karatz said...

astaghfirullahal azhim

sabar su..mmg Tuhan akan balas akhirnya.lg pon manusia hidup tak lama.doa juga adalah satu senjata kan?doa sgt power kalau kita yakin dan bersungguh.

teruskan berdoa.teruskan memohon padaNya.jika tiada musibah melanda,masakan seorang hamba mahu mengenangNya sama seperti berada dalam kesenangan.

La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhimm...
(tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan kuasa Allah yang maha tinggi dan maha besar)

Waqheh said...

org melayu tak dapat lari dari hasat dengki. Alhamdulillah lu buat doa, solat hajat, baca quran. gua takut lu main ketuk pintu je mcm cerita ahmad albab...

org yg buat tu byk tonton drama melayu puaka2 mcm hampeh kot...