Salam sejahtera ke atas kamu..
Dalam dunia ini ada pelbagai jenis ragam yang bernama manusia. Ragam yang membahagiakan, menceriakan, menyejukkan mata, menenangkan hati dan tidak kurang juga yang dapat merosakkan hati dan menyesakkan dada.
Jika diberi pilihan, kamu mahu berada dalam kategori ragam yang mana?
Saya pasti kamu-kamu akan memilih kategori ragam yang membahagiakan, menceriakan, menyejukkan mata dan menenangkan hati
Semua orang ingin jadi baik dan mahu yang terbaik untuk diri sendiri dan mereka di sekelilingnya
Tak gitu?
Tapi mengapa ada juga yang tak puas hati, yang menyibuk untuk ambil tahu sesuatu yang tak perlu dia tahu? Bersusah payah mendapatkan sesuatu yang tiada mengena dengan dirinya?
Tiada sebab? Hanya untuk kepuasan diri semata? Suka-suka demi memenuhi kehendak sendiri?
Tidak pernah terfikir kenapa dan mengapa yang berahsia itu mempunyai sebab tersendiri? Tidak pernah terfikir hak peribadi seseorang?
Baguslah, tentu kamu tengah gelak sekarang.
Kelakar agaknya coretan ini.
Dah puas hati?
Ke terasa? Kalau terasa eloklah, maknanya kamu masih lagi mempunyai hati, perasaan dan berakal untuk berfikir.
Dan kepada yang mengkhianati janji yang telah dikota, terima kasih buat kamu. Berbahagialah dikalangan mereka yang munafik.
7 comments:
keras bunyi entry ni...
gua cuba renung dan fikir2kan..adakah gua tergolong dlm golongan ini
macam macam cara nak mengenal diri ye dak?. pasal semua gambar profile hitam puteh ni?
waduh..rasa mcm lu tgh marah pun ada.sory la tak pegi raya rumah.takkan sampai buat entry.
kekekeke....
selamat hari raya ke 8.maaf zahir dan batin.
wachaaaaaaaaaaaaaaaa
selamat hari raya..
sempena bulan penuh berkat dan penuh kemuliaan ini tak perlu rasanya menanam amarah.
beri kemaafan dan redha lebih baik untuk semua rasanya.
Tidak. Selagi tiada yang meminta maaf dan datang mengaku.
Post a Comment