Thursday, September 1, 2011

23 1/2, 24, 25, 26, 27, 28 & 29 Ramadhan.



23 1/2 Ramadhan.

Balik kerja, beli makanan berbuka, buka puasa, terawih dan tidur.




24 Ramadhan.

Sahur, pergi kerja, balik pergi rumah Era Pazira. Buka puasa kat rumah Era. Malam ni nak ikut dia pegi qiamunlail kat masejid kat kampung dia. Berbuka puasa ramai-ramai dengan family dia, menumpang kasih sayang. Haa hari ni saya jahit lace..ekeke. Terer tak saya? Saya pandai menjahit okeyh..ngaa. Lepas terawih, tolong Era kupas nenas untuk dia buat inti tart nenas, sementara dia tengah masak saya jahit lace baju raya..rase cam gegurl sejati pulak..ekeke. Baju raye Era sebenarnya, saya kunun nak terai jahit pastu minat la pulak, saya mintak nak jahitkan terus. Dengan erti kata lain, asah skill pertama dengan baju orang..kalau tak chantek takpe, orang punya..haks. Gurau je, saya jahit okey..ni mesti darah dan bakat mak yang mengalir ni. Dalam pukul 12.30 malam saya masuk tidur.




25 Ramadhan.

Pukul 3.30 pagi kami bangun siap-siap pegi masejid. Usai dalam pukul 5.15, Era ajak pegi bersahur kat MekDi. Mekdi Bandar Baru Bangi..kakakakartun betul. Nasib baik sempat. Lepas tu siap-siap pergi kerja. Hari ni saya kena pegi site kat Bukit Jalil. Petang berbuka macam biasa, malam terawih, balik terus terbungkam tidur kepenatan.




26 Ramadhan.

Pukul 4 pagi saya tersedar, bangun qiyam. re-checking beg, malam ni balik kampung. Sahur. Dalam pukul 7.30 saya keluar rumah pergi kerja naik elarti. Masuk pukul 8. Semalam saya dah cakap kat bos, pukul 10 saya nak keluar pergi jalan TAR..ngaa. Pagi-pagi saya sampai ofis, saya cakap kat bos 'Boss, tadi kan masa saya jalan-jalan nak datang ofis, jalan da lengang. Tak banyak kereta. Semua dah balik beraya bos. Saya rasa tak jadi la nak pegi jalan TAR pukul 10, saya nak pergi pukul 9. Tudung raya jiran sebelah punya sebelah saya lupa nak beli hari tu' haha..sengal. Nasib boss sporting dan faham sangat perangai anak buah dia sorang-sorang. Sengal macam mana, janji kerja beres. Petang adik saya datang ofis. Kami balik naik bas sama-sama malam ni. Sementara nak tunggu saya habis kerja, dia singgah kat ofis dulu. Petang tu saya tinggal wasiat kat budak ofis untuk siram pokok-pokok kat tempat sepanjang ketiadaan saya yang cuti lama sehingga 9hb yang mengalahkan orang balik nak menikah atau bertunang. Sebelum balik pun saya pesan kat meja, pc, tirai kat tempat saya, 'Duk elok-elok eh saya tinggal lama tau. Jangan rindu-rindu'. Adik saya sengih-sengih, faham akak dia. 'Mamat' satu ofis yang kebetulan lalu singgah dengar saya dok bebel pastu tanya adik saya 'Kat rumah dia macam ni jugak eh?'. Adik saya sengih angguk laju-laju. 'Saiko macam ni?' Mamat tu tanya lagi. Adik saya angguk lagi sambil gelak-gelak. Mamat tu geleng kepala. Pastu saya balas 'Mestilah, kita hidup kena jujur tak kisah la kat mana pung!'. Mamat ni adalah mamat yang saya merajuk tengahari tadi bila dia main-main masa Era nak pinjam kereta, kami nak pegi dengar ceramah agama Dr Fatma. Markah dia memang dah negative 100 dalam rekod saya. Balik rumah, buka puasa, pergi stesen bas. Bas saya jam 9.30 malam. Haa, pakcik bas yang saya naik kelako betul. Nak tahu cerita tak? Tak yah la, nanti panjang..ngaa.




27 Ramadhan.

Dalam pukul 3.30 pagi baru sampai Merapoh. Banyak kereta atas jalan, lambat. Saya turun solat isyak dan solat sunat. Sahur dengan roti, dah beli bekal siap-siap. Teruskan perjalanan. Subuh pakcik bas singgah masjid kat Kuala Krai. Ramaiiiii orang. Sampai kat Jerteh dalam pukul 8 lebih. Biasa kalau hari tak raya, sebelum subuh dah sampai. Balik semua dah ada kecuali abang saya yang kat Kuantan, dia baru bertolak lepas subuh tadi. Hari ni buka puasa ramai-ramai. Sangat meriah semua berkumpul :)




28, 29hb Ramadhan.

Persiapan raya sambil bertepuk tampar sambil layan karenah anak-anak sedara. Tahun ni macam biasa, saya ambil tender bungkuih tapai dan ketupat palas. Kueh raya semua pakai tunjuk..ngaa. Bangun sembahyang malam juga kat kampung kecuali malam 29. Saya tak sedar, penat layan Hadi. K'long tunggu masa nak bersalin. Jadi anak K'long yang baru berusia 15 bulan tinggal kat sini. Nadeem dengan Adlee boleh tahan jugak nakalnya. Ada pulak Hadi, asyik berebut mainan je kerja. Nasib Sarah yang umur tak sampai sebulan baik je. Tahun depan saya rasa lagi gegor rumah nenek dia ni..hehe. Haa, pastu kan. Malam last sebelum buka puasa yakni 29 tu kan, saya ngada-ngada post kat mukabuku status  'Ada sapa-sapa nak wish selamat berbuka untuk saya tahun ni? Wish la, wish la tahun ni takde sape pung wish kat saya lagi. Kalau esok dah raya cane?'


Teka ade orang wish tak? hikhik. Nak masuk waktu berbuka mesej kat telefon saya bunyi. Buka-buka ada ucapan, ' Selamat berbuka puasa bersama keluarga terchenta. Nikmatilah buka puasa ramadhan terakhir untuk tahun ini :)'

Siap ade smiley..hikhik. Sooo shuweeettt. Teka sape yang hantar? Mana boleh bagitauuu..ngaaharhar.

Okey la, saya bagi hint, mamat yang markah dah kena tolak banyak, tapi sebab mesej yang suweet ni, saya rasa markah dia dah seratus balikkk..ngaaa.


Saya memang suka main dengan api.




Okey, secara keseluruhannya puasa saya tahun ni ada pengisian tersendiri berbanding tahun lepas. Alhamdulillah. Tahun lepas sembahyang terawih pun boleh kira dengan jari, penat sebab siang kerja teruk. Pergi site dan ada mesyuarat pagi petang. Tahun ni agak longgar jadual kat ofis, malam saya boleh tumpukan pada ibadat. Dulu, berbuka dan bersahur dengan K'Sandra saja. Tahun ni dah bertiga. Pergi sembahyang terawih pun dah berteman dengan Kimora walaupun tidak selalu. Cuma saya berharap tahun hadapan saya berpuasa dengan keluarga dan jadi isteri solehah yang jaga makan minum suami..ewahhh.



Cita-cita nak kena ada okeyh!


Walaupun ni adalah cita-cita saya yang sama sejak 4 tahun lepas..haha.



Pengisian yang paling penting ramadhan tahun ni buat saya adalah keikhlasan dalam beribadah.




Maka dengan ini, berakhirlah diari ramadhan saya. Walaupun biasa-biasa, tapi saya suka. Cuma saya ada satu hari yang saya tak tulis lagi, 28 Ramadhan-Edisi Khas. Saya hanya tinggalkan satu ruang jeng jeng jeng. Isi, insyaALLAH bakal menyusul bila ada kelapangan.




Terima kasih pada semua yang sudi menyinggah dan baca walaupun saya tidak menyediakan ruang komen :) Syukran jazilan. Walaupun saya kecik hati sebab takde pung yang hantar email tanya khabar how are you mahupun ai lebiu kat saya sementelahan saya dah tayang email kat dalam ni selama sebulan, tapi memandangkan saya dah pam balik hati saya pakai pam motor, jadi momentai. Saya pung taknak koya lebih-lebih arakian blog saya ni memang adik beradik melukut. Tapi saya bukan bawah ketegori tepian gantang. Saya kategori melukut bergantang-gantang..hehe.


Okey la, sebelum saya terus membebel dan melalut kat sini jadi elok la saya berhenti. Malam ni baru saya berpeluang nak mengadap laptop dengan aman. Lepas ni nak kena tidur sebab Hadi suka bangun awal. Saya tidur dengan mak, mak tidur dengan Hadi. Jadi saya yang kena bangun. Takkan mak yang nak kena bangun ngangkut Hadi yang 13 kilo tu. Mak sedara dia yang macam tiang lampu ni jugak yang kena angkat dan melayan karenah dia. Hadi dah la bangun pukul 5 pagi. Ingat mak sedara dia ni bangun sahur lagi ke apa..hehe.


Okey la, selamat semuanya. Ucapan raya lain kaliiiiiiii...hiks.








No comments: