Tuesday, June 4, 2013

Menulis



Assalamualaikum w.b.t



Apa khabar?


Hari ni saya nak menulis. Erm, perlu kah saya bagitau saya nak menulis sedangkan saya memang tengah menulis? Kan?


Saya pun tak pasti. Tapi betul atau salah kita letak tepi. Naik ikat tepi pun boleh. Ini yang saya suka pasal menulis. Sebab saya rasa kebebasan. Rasa bebas nak menulis apa sahaja.


Saya terpangil-panggil untuk menulis. Mungkin naluri keibuan kemenulisan makin menebal dalam diri. Saya pun dah lama tidak menjengok blog-blog lain. Masihkah aktif menulis kawan-kawan ku yang lain? Atau semua sibuk dengan urusan facebook sahaja?


Menyentuh tentang facebook. Saya ditegur untuk tidak menulis status di facebook. Suami saya tak bagi. Tak aci kan?


Tapi sebab saya nak jadi isteri solehah, saya aci kan sahaja. Suami saya cakap, usahlah dok share-share status dan cerita ke aktiviti ke kat facebook sebab boleh menimbulkan rasa kurang senang di hati sesetengah pihak.


Ye, memang ada kes yang berlaku. Kita tak tahu hati oram kam? Jadi, saya pos tentang jual-jual je kat facebook saya..har har har


Awak nak order Aurawhite? Virgin Coconut Oil ke..nak?


Meh order dengan saya


Har har har




Bukan..bukan. Bukan tujuan sebenar saya nak mngempen barang pulak dalam ni. Tapi saja nak menulis.